Semakan STR Tambahan RM600 2025: Cara Semak Kelayakan & Pembayaran
Kerajaan telah meningkatkan peruntukan STR sebanyak 30% kepada RM13 bilion, memberi manfaat kepada hampir 9 juta rakyat dalam kategori B40 dan M40. Selain STR utama, penerima layak juga akan menerima bantuan tambahan melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi meringankan kos sara hidup.
Bagaimana cara untuk semak kelayakan dan status pembayaran STR Tambahan RM600? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/sara-2024-semakan/
KADAR BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Kadar pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA Tambahan STR) kepada golongan bujang adalah seperti berikut :
JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN 2025 |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | RM600 |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA Tambahan STR) | RM600 |
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN RM600 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA Tambahan STR) dijadualkan seperti tarikh berikut :
TARIKH BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) | TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA TAMBAHAN STR) |
---|---|
Mengikut Fasa : 1 : 22 – 28 Januari 2025 (RM150) 2 : Belum diumumkan (RM150) 3 : Belum diumumkan (RM150) 4 : Belum diumumkan (RM150) | Setiap bulan : 15 Januari 2025 (RM50) Februari 2025 (RM50) Mac 2025 (RM50) April 2025 (RM50) Mei 2025 (RM50) Jun 2025 (RM50) Julai 2025 (RM50) Ogos 2025 (RM50) September 2025 (RM50) Oktober 2025 (RM50) November 2025 (RM50) Disember 2025 (RM50) |
*Nota : Tarikh bayaran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi.
KRITERIA KELAYAKAN STR TAMBAHAN RM600 2025
Penerimaan Bantuan STR tambahan yang bernilai RM600 adalah khas kepada individu yang menepati kriteria kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus bujang / balu / janda / duda (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun;
- Pendapatan bujang bawah garis PGK semasa;
- Bukan pelajar sepenuh masa IPTA / IPTS;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Bujang; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
*Bagi mengetahui status kelayakan sebagai penerima STR Tambahan, semakan boleh dilakukan mengikut panduan di bawah.
SEMAKAN STR TAMBAHAN RM600 2025
Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima STR Tambahan hanya boleh dilakukan pada pautan Portal Rasmi STR berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi STR 2025 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran STR dan tambahan (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus RM600’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.