SKAS Sarawak 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan (RM250, RM400, RM800)
Dalam Belanjawan Sarawak 2025, kerajaan negeri memperkenalkan inisiatif bantuan khas SKAS Sarawak bagi membantu golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup serta memastikan keperluan asas penerima dipenuhi.
Bila tarikh bayaran SKAS Sarawak masuk? Semak jadual pembayaran dan status kelayakan anda di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : SKAS : Semakan Bayaran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Kelayakan permohonan dan penerima bantuan SKAS 2025 seperti:
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’ yang menetap di Sarawak; DAN
- Lulus dan merupakan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2024 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tanpa pasangan.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK
Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini: https://sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Klik [My Individual Account].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
CARA PENYALURAN MASUK BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Bantuan akan dikreditkan dalam bentuk Baucar Digital Sarawak melalui S PAY GLOBAL penerima.
Mereka yang tidak mempunyai akaun S PAY GLOBAL, hendaklah membuat pendaftaran dan mengaktifkan akaun tersebut untuk menerima pembayaran bantuan Sarawak.
KEGUNAAN BAUCAR DIGITAL SKAS SARAWAK
Penerima yang layak akan menggunakan baucar digital yang disalurkan melalui e-dompet S Pay Global untuk membuat pembelian barangan makanan asas harian seperti beras, tepung, dan minyak masak di pasaraya dan kedai runcit yang berdaftar sebagai merchant S PAY GLOBAL.
TARIKH BILA MASUK BAYARAN SKAS SARAWAK 2025
Pembayaran Bantuan SKAS Sarawak dijadualkan seperti berikut:]
JENIS BANTUAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) | 18 Februari 2025 (Selasa) Bantuan ini akan disalurkan kepada 886,288 penerima yang layak berdasarkan jumlah penerima STR. |
JUMLAH MASUK BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK 2025
Kadar bantuan yang diberikan mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM 400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM 250 |
CARA PENGAKTIFAN AKAUN S PAY GLOBAL
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL, langkah pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari Google Play Store (pengguna Android) atau Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan butiran maklumat yang diperlukan dengan tepat dan lengkap. pada bahagian pendaftaran.
- Muat naik gambar MyKad anda.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui e-mel atau SMS.
- Daftarkan PIN pembayaran anda. PIN ini diperlukan untuk pengesahan.
- Kemudian, Log Masuk.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
SKAS Sarawak
- Pusat Talikhidmat: +6082-555999
- e-Mel: [email protected]
S PAY GLOBAL
- Pusat Talikhidmat: +6082-224599
- e-Mel: [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/