Semakan SKAS Sarawak 2025: Status Kelayakan & Bayaran RM250 – RM800

Semakan SKAS Sarawak 2025: Status Kelayakan & Bayaran RM250 – RM800

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan Skim Khas Bantuan Sarawak (SKAS) 2025 sebagai usaha membantu rakyat menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan tunai sebanyak RM250, RM400, dan RM800 akan diberikan kepada penerima yang layak bagi meringankan beban kewangan mereka.

Bagaimana cara semakan kelayakan SKAS Sarawak 2025? Ikuti panduan lengkap dan maklumat lanjut di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/

PENGENALAN SKAS SARAWAK

SKAS atau rasminya diperkenalkan sebagai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang disalurkan untuk membantu menampung kos pembelian keperluan asas rakyat Sarawak seperti beras, gula, tepung, minyak masak dan sebagainya di kedai-kedai atau pasaraya yang terpilih seluruh Sarawak.

Kira-kira seramai lebih 850,000 ribu rakyat Sarawak yang bermastautin di Sarawak serta memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan menerima manfaat Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diperuntukan oleh Kerajaan Negeri Sarawak sebanyak RM450 juta bagi tahun 2025 ini.

KRITERIA PENERIMA SKAS SARAWAK 2025

Berikut merupakan kriteria-kriteria kelayakan penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang ditetapkan :

  • Kriteria Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  • Kriteria Penerima :
    • Isi Rumah :
      • Berkahwin; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Tiada had umur.
    • Warga Emas :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
      • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
      • Had umur 60 tahun dan ke atas.
    • Bujang :
      • Bujang; atau
      • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
      • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
      • Had umur 21-59 tahun.
      • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
      • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.

KADAR AMAUN SKAS SARAWAK 2025

Amaun Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) adalah berbeza-beza bagi setiap kategori (mengikut kriteria kelayakan penerima) seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah akan menerima SKAS sebanyak RM800;
  • Kategori Warga Emas akan menerima SKAS sebanyak RM400; dan
  • Kategori Bujang akan menerima SKAS sebanyak RM250.

TARIKH PENYALURAN SKAS SARAWAK 2025

Penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) telahpun disalurkan kepada isi rumah, warga emas dan bujang yang layak bermula pada 18 Februari 2025 (Selasa) dan berperingkat. Walau bagaimanapun, rakyat Sarawak yang layak dan belum mendaftar boleh mendaftarkan diri untuk penerimaan yang seterusnya.

SEMAKAN SKAS SARAWAK 2025

Untuk semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.

Ikuti panduan semakan seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
  2. Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  3. Kemudian, sila layarkan skrin ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
  4. Tekan butang [Check Eligibility].
  5. Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
  6. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
  7. Klik butang [NEXT].
  8. Kemudian, klik [My Individual Account].
  9. Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
  10. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
  11. Klik butang [Search].
  12. Paparan Notifikasi Nama anda ‘Lulus’ atau ‘Tidak’ sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

CARA DAFTAR SARAWAK ID 2025

Bagi yang belum mempunyai Sarawak ID, ikuti panduan cara pendaftaran Sarawak ID seperti berikut :

  1. Sila klik pada laman web di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Kemudian, klik butang [Daftar].
  3. Pilih [Jenis Pengenalan] anda.
  4. Lengkapkan Profil anda.
  5. Klik butang [Teruskan].
  6. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik [Teruskan].
  7. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP.
  8. Seterusnya, Klik butang [Hantar].
  9. Masukkan OTP dan klik [Hantar].
  10. Sistem mesejVerified akan dipaparkan.
  11. Kemudian, Klik [Teruskan].
  12. Pendaftaran berjaya.
  13. Sila klik [Log Masuk] untuk log masuk ke akaun Sarawak ID anda.
  14. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN SKAS SARAWAK 2025

Seperti yang ditegaskan oleh Kerajaan negeri Sarawak bahawa penyaluran Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bukanlah secara tunai, namun ianya disalurkan secara baucar digital melalui aplikasi S Pay Global yang boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.