Pengumuman Dividen SSPN 2024/2025
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan kadar SSPN dividend 2025 sebanyak 4.05%, menjadikannya antara kadar dividen SSPN terbaik dalam tempoh 10 tahun. Ini memberi manfaat kepada lebih 6.77 juta pendeposit Simpan SSPN, dengan jumlah agihan sekitar RM439.87 juta.
Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, kadar SSPN interest rate 2024/2025 yang meningkat ini mencerminkan kecekapan pengurusan dana oleh PTPTN secara strategik dan berintegriti.
Pendeposit boleh membuat semakan penyata SSPN login secara atas talian untuk melihat dividen terkini yang dikreditkan ke dalam akaun masing-masing.
Pengagihan Dividen SSPN 2025 Bagi Tahun Kewangan 2024
Pendeposit yang mempunyai akaun SSPN yang berstatus aktif semasa proses agihan dividen dilakukan adalah layak menerima dividen pada kadar yang diisytiharkan.
Pendeposit Simpan SSPN boleh membuat semakan agihan dividen di penyata simpanan masing-masing secara dalam talian di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my atau aplikasi myPTPTN mulai 2 Mei 2025 (Jumaat).
Kadar Dividen SSPN 2025
Untuk makluman dividen SSPN 2025 adalah 4.05%, iaitu naik 0.45 peratus berbanding tahun 2023 yang lalu. Dividen ini akan dikreditkan terus ke akaun Simpan SSPN.
Trending sekarang
Berikut adalah senarai kadar dividen SSPN tahun-tahun lalu:
- 2023: 3.60%
- 2022: 3.05%
- 2021: 3.00%
- 2020: 4.00%
- 2019: 4.00%
- 2018: 4.00%
- 2017: 4.00%
Semakan Penyata SSPN
Penyata Akaun Simpan SSPN Prime boleh disemak dan dicetak melalui portal rasmi PTPTN mulai 2 Mei 2025 (Jumaat). Sila layari https://www.sspn.com.my/ untuk membuat semakan.
Laman web SSPN Online dibangunkan oleh PTPTN untuk memudahkan pendeposit untuk membuat semakan penyata, penambahan deposit dan lain-lain.
Anda boleh rujuk panduan dibawah untuk membuat pendaftaran kali pertama. Jika anda telah mendaftar SSPN Online sila klik “Semakan Penyata” untuk akses.
Semakan juga boleh dilakukan secara manual dengan hadir sendiri ke cawangan PTPTN yang berdekatan atau di cawangan Maybank, RHB Bank dan Bank Rakyat.

Cara Daftar SSPN
Bagi yang belum ada akaun SSPN dan berminat untuk mendaftar untuk anak-anak, sila ikuti langkah berikut:
- Layari Portal Rasmi SSPN melalui pautan https://www.sspn.com.my/
- Klik butang daftar. Anda boleh memilih sama ada untuk mendaftar akaun SSPN-i Plus atau SSPN Plus.
- Isikan maklumat anda selengkapnya.
- Masukkan kata laluan. Kata laluan sebaiknya merangkumi huruf besar, huruf kecil dan numbor, contoh: Sspn123456
- Sila sahkan kata laluan yang digunakan.
- Sila masukkan katalaluan yang telah dibuat semasa pendaftaran dilakukan.
- Setelah berjaya log masuk, pendeposit boleh terus membuat semakan berkenaan akaun SSPN.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti saluran berikut:
- Facebook PTPTNOfficial https://www.facebook.com/PTPTNOfficial
- Facebook MOHEOfficial https://www.facebook.com/MOHEOfficial
- Youtube PTPTN TV https://www.youtube.com/@PTPTNTV