Semakan Status STR 2025 Fasa 4: Check Bantuan Tunai Rahmah Sekarang

Semakan Status Bantuan Tunai Rahmah STR Fasa 4 2025: Check Sekarang

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah, dikendalikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Bantuan ini diberikan secara berfasa bagi meringankan beban golongan kurang berkemampuan dalam menangani cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.

Ingin tahu cara semak status STR 2025 Fasa 4? Dapatkan panduan lengkap dan maklumat terkini mengenai semakan bantuan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/mykasih-sara-2025/

SEMAKAN STATUS BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024

Ikuti cara semakan status Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa empat (4) di pautan Portal Rasmi seperti berikut :

Sila klik pada pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Halaman utama STR akan dipaparkan.

Isikan ruangan ‘No. Kad Pengenalan‘ mengikut format tanpa sengkang (-).

Klik pada butang [Log Masuk].

Pada paparan seterusnya, klik butang [Semak].

Frasa Keselamatan‘ pemohon akan dipaparkan.

Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik pada butang [Ya].

Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.

Klik pula pada butang [Log Masuk].

Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].

Setelah itu, klik pula pada butang [Maklumat Bayaran].

Status bayaran penerima fasa empat (4) akan dipaparkan.

Selesai.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR 2024

Penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah secara berfasa mengikut jadual seperti berikut :

TARIKH MEMOHONTARIKH
PENYALURAN
KELAYAKAN FASA
1November 2023
hingga
30 November 2023
-29 Januari 2024
-03 April 2024
-29 Ogos 2024
-07 November 2024
Fasa 1, 2, 3 dan 4
1 Disember 2023
hingga
29 Februari 2024
-03 April 2024
-29 Ogos 2024
-07 November 2024
Fasa 2,3 dan 4
1 Mac 2024
hingga
30 Jun 2024
-29 Ogos 2024
-07 November 2024
Fasa 3 dan 4
1Julai 2024
hingga
30September 2024
07 November 2024Fasa 4

*Penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa empat (4) adalah bermula 07 November 2024 (Khamis) ini.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024

Terdapat dua (2) kaedah penyaluran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Secara pengkreditan tunai ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
  2. Secara pengambilan tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima :
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Tiada maklumat perbankan.

JUMLAH BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH STR FASA 4 2024 DISALURKAN

Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa empat (4) akan disalurkan mengikut jumlah yang ditetapkan kepada setiap kategori seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)
FASA 4 2024
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM200
1-2 anak : RM350
3-4 anak : RM500
5 ke atas : RM700
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM150
1-2 anak : RM200
3-4 anak : RM250
5 ke atas : RM350
Warga Emas (Bujang)RM150
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM100

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi STR LHDNM. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_PEMBAYARAN%20STR%202024.pdf.