STR Fasa 1 2025: Semak Status Layak atau Tidak
Berita baik untuk rakyat Malaysia! Tahun baru 2025 bakal membawa pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), di mana STR Fasa 1 akan mula disalurkan kepada penerima yang layak. Dalam Belanjawan 2025, kerajaan telah memperuntukkan RM13 bilion untuk bantuan STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), meningkat berbanding RM10 bilion pada tahun 2024.
Namun, bantuan STR Fasa 1 hanya akan diagihkan kepada mereka yang telah disahkan layak. Jadi, bagaimana cara semak kelayakan bantuan STR Fasa 1 pada tahun 2025? Ikuti panduan semakan dan maklumat lanjut mengenai tarikh bantuan Rahmah yang akan datang.
BACA JUGA : SEMAKAN STR FASA 1 (2025): STATUS KELAYAKAN DAN JU BAYARAN
APA ITU BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 adalah lanjutan daripada skim-skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).
Ianya merupakan satu Program bantuan secara tunai khusus kepada golongan yang berpendapatan sederhana (B40 & M40) dan memerlukan. Matlamat utama bantuan ini adalah untuk membantu meringankan beban kewangan rakyat Malaysia yang terkesan akibat cabaran ekonomi semasa.
SEMAKAN BANTUAN STR FASA 1 2025
Panduan lengkap semakan status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 seperti berikut:
- Sila layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Klik [TUTUP] pada iklan pemakluman STR terkini.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada bahagian [Maklumat Bayaran].
- Status kelayakan pemohon akan dipapar [Lulus Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah 2025].
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN
Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; dan - Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
JADUAL TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Lazimnya Bantuan STR akan dibayar secara berperingkat mengikut empat fasa seperti jadual berikut :
PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Satu | Februari 2025 |
Dua | April 2025 |
Tiga | Ogos 2025 |
Empat | November 2025 |
Catatan : Tarikh bayaran belum ditentukan lagi, pihak kami akan kemaskini semula apabila tarikh telah diumumkan secara rasmi oleh Pihak Kerajaan.
JUMLAH BANTUAN STR FASA 1 2025
Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 1,000 Anak 1-2 : RM 1,500 Anak 3-4 : RM 2,000 5 dan keatas: RM 2,500 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 500 Anak 1-2 : RM 750 Anak 3-4 : RM 1000 5 dan keatas: RM 1250 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM600 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM600 |
Catatan : Penyaluran bantuan akan diagihkan secara berperingkat (Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Fasa 4)
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- e-Mel : [email protected]