STR Fasa 1 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima Bantuan (RM500, RM300, RM150)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 2025 bertujuan membantu hampir 9 juta rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40, dengan bayaran berperingkat mengikut kelayakan. Bantuan ini disalurkan untuk meringankan beban kewangan rakyat dengan kadar bayaran RM500, RM300, dan RM150. Bagaimana cara untuk menyemak status kelayakan penerima STR Fasa 1? Ikuti panduan lengkap dan info penting di bawah.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-login/

KADAR IMPLIKASI STR FASA 1 2025

Implikasi kewangan yang diperuntukan untuk bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 bagi tahun 2025 adalah melibatkan kadar tertinggi iaitu sebanyak RM2.3 billion berbanding tahun lalu hanya melibatkan kadar sebanyak RM2.1 billion sahaja.

JADUAL BAYARAN STR FASA 1 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dijadualkan seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Secara tunai di kaunter
Bank Simpanan Nasional (BSN)
22 Januari 2025
Secara pengkreditan ke dalam
akaun bank penerima / pasangan
22 Januari 2025
sehingga
28 Januari 2025

WAKTU PENGKREDITAN STR FASA 1 2025 DALAM AKAUN BANK PENERIMA

Setiap bank penerima akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada waktu yang berbeza seperti berikut :

BIL.NAMA BANK PENERIMAWAKTU
PENGKREDITAN
1.Bank Simpanan Nasional
(BSN)
Selepas 6 petang
2.AmbankSelepas 8 malam
3.Bank IslamSelepas 8 malam
4.Affin BankSelepas 8 malam
5.MaybankSelepas 9 malam
6.Cimb BankSelepas 9 malam
7.RHB BankSelepas 9 malam
8.Bank MuamalatSelepas 10 malam
9.Lain-lain BankSelepas 10 malam

*Nota : Bagaimanapun waktu pengkreditan ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu.

AMAUN BAYARAN STR FASA 1 2025

Berikut merupakan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1 pada tahun 2025 mengikut kelayakan penerima :

  • Penerima Berstatus Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHAMAUN BAYARAN
STR FASA 1 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
(B40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM500
3 – 4 anak : RM500
5 ke atas : RM500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM150
1 – 2 anak : RM200
3 – 4 anak : RM250
5 ke atas : RM300

*Nota : Bagi isi rumah perlu membuat semakan bayaran fasa 1 untuk mengetahui jumlah yang akan diterima.

  • Penerima Berstatus Bujang :
KELAYAKAN BUJANGAMAUN BAYARAN
STR FASA 1 2025
Bujang/Balu/Janda/Duda tiada anak
Berumur 21 hingga 59 tahun
RM150
Bujang/Balu/Janda/Duda tiada anak
Berumur 60 tahun dan ke atas
RM150

PANDUAN SEMAKAN STATUS STR FASA 1 2025

Ikuti panduan semakan status Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk mengetahui status bayaran Fasa 1 seperti berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2025; atau klik pautan di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.