STR Fasa 2 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Status Kelayakan
Kerajaan MADANI telah membuka permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sepanjang tahun, memastikan rakyat yang layak dapat menerima bantuan kewangan bagi fasa seterusnya.
Jumlah penerima STR Fasa 2 2025 dijangka meningkat berbanding 8.3 juta penerima pada Fasa 1, membolehkan lebih ramai rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif ini.
Bila tarikh bayaran STR Fasa 2? Bagaimana cara semakan status kelayakan? Ketahui maklumat lengkap di sini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
STR FASA 2 BILA BAYAR 2025
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 2 adalah pada tarikh seperti berikut :
FASA BAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | Dijangka bermula pada 3 April 2025 (Namun, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran STR fasa 2, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa) |
STR FASA 2 JUMLAH BAYAR 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran penuh Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 kepada semua kategori :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
- Kategori Bujang / Balu / Tiada Pasangan :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN |
---|---|
Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang Berumur 60 tahun dan ke atas (Warga Emas) | RM600 |
*Nota : Setiap penerima sedia ada dan baharu akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza bagi fasa 2. Oleh itu, setiap penerima perlu membuat semakan bayaran di Portal Rasmi STR (seperti panduan di bawah).
STR FASA 2 CARA BAYAR 2025
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah melalui dua (2) cara, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan STR.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Penerima perlu menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
SEMAKAN STATUS BAYARAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.