STR Fasa 2 Pembayaran 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

STR Fasa 2 Pembayaran 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

Kerajaan terus komited dalam memastikan kebajikan rakyat dengan peningkatan peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang melebihi kadar inflasi semasa. Inisiatif ini membantu golongan B40 dan M40 mengurangkan beban kos sara hidup dalam keadaan ekonomi yang mencabar.

Bagaimana cara semakan status pembayaran STR Fasa 2 2025? Ikuti panduan lengkap dan info bayaran terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini

STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa pertama (1) telahpun selesai dibayar kepada 8.3 juta penerima yang melibatkan kadar implikasi kewangan sebanyak RM2.3 billion dan bilangan penerima serta kadar implikasi kewangan dijangka akan meningkat untuk pembayaran fasa kedua (2) ini.

CARA PEMBAYARAN STR FASA 2 2025

Cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) adalah sama seperti sebelum ini yang bergantung kepada penerima samaada mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank seperti berikut :

JENIS PENERIMACARA BAYARAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima mengikut nombor akaun yang
diisi semasa permohonan STR
Penerima Tiada Akaun BankPerlu dituntut di kaunter mana-mana
cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN)
terdekat

JUMLAH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025

Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua (2) yang berbeza-beza mengikut kelayakan dan perlu disemak melalui laman rasmi. Berikut merupakan jumlah pembayaran keseluruhan untuk tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
RM2,500 ke bawah
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 anak ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 anak ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
Bujang / Balu / Janda / Duda
(tiada anak)
RM600

TARIKH PEMBAYARAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa kedua adalah dijangka akan dilaksanakan pada tarikh berikut :

PERKARATARIKH BAYARAN
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa Kedua (2)
Bermula 3 April 2025 dan berperingkat

*Walau bagaimanapun, tarikh di atas masih belum disahkan. Sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran, pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

SEMAK STATUS STR FASA 2 PEMBAYARAN 2025

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.