STR Fasa 2 Semakan 2025: Cek Kelayakan & Status Bayaran Online
Jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka meningkat daripada 8.3 juta penerima Fasa 1, berikutan pembukaan permohonan baharu dan proses rayuan oleh kerajaan. Langkah ini membolehkan lebih ramai rakyat yang layak menerima bayaran bantuan pada fasa seterusnya.
Bagaimana cara semakan STR Fasa 2 2025? Cek status kelayakan dan maklumat bayaran terkini secara online di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan Bantuan eKasih 2025: Cek Kelayakan & Cara Mohon Bayaran
STR FASA 2 SEMAKAN 2025
Berikut merupakan panduan semakan status kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 secara online melalui pautan Portal Rasmi :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN STR FASA 2 2025
Tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 dijangka akan mula dilaksanakan pada :
PERKARA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 | 3 April 2025 dan berperingkat |
*Nota : Jika terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 daripada Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berbeza dan perlu disemak melalui Portal Rasmi. Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 :
- Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
- Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2025 |
---|---|
Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 21 hingga 59 tahun | RM600 |
Bujang / Balu / Duda / Janda Umur 60 tahun dan ke atas | RM600 |
KAEDAH BAYARAN STR FASA 2 2025
Kaedah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah sama seperti kaedah pembayaran sebelum ini yang tertakluk kepada penerima seperti berikut :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima mengikut nombor akaun yang didaftarkan semasa permohonan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Boleh menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Boleh menuntut wang tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.