STR Fasa 2 2025: Tarikh Bayaran & Semakan Kelayakan Terkini

Kerajaan Madani terus menyediakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 bagi membantu rakyat mengurangkan beban kewangan akibat kenaikan kos sara hidup. Bantuan ini bertujuan memastikan golongan yang layak dapat menjalani kehidupan yang lebih baik.

Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2 2025 akan dikreditkan? Semak status kelayakan dan maklumat terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR FASA 2 TARIKH BAYARAN 2025

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

LOGIN DAN CHECK STATUS BAYARAN STR FASA 2 DI PORTAL MYSTR

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

LUPA KATA LALUAN PORTAL MYSTR

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MYSTR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKad seperti biasa
  3. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  4. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  6. Klik butang [Seterusnya]
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  8. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
  9. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  10. Klik butang [Seterusnya]
  11. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
  12. Klik butang [Tukar Kata Laluan]

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Pembayaran Bantuan STR 2025 seperti berikut:

FASA BAYARANTARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Fasa 2
Pembayaran STR Fasa 2 dijangka akan dilaksanakan pada 3 April 2025.

Namun begitu, jika terdapat sebarang perubahan terkini mengenai tarikh sebenar bayaran, pihak kami akan maklumkan dan kemaskini dari semasa ke semasa.

Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025

JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 kepada penerima belum diumumkan. Maklumat mengenai jumlah bayaran akan dikemaskini dari masa ke semasa.

CARA BAYARAN STR FASA 2

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima:
    Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
    Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf