STR Fasa 2 2025 Tarikh Bayaran: Semakan Status Kelayakan Penerima

STR Fasa 2 2025 Tarikh Bayaran: Semakan Status Kelayakan Penerima

Bagi individu yang telah mengemukakan permohonan dan disahkan layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, pastinya tertunggu-tunggu tarikh pembayaran Fasa 2. Bayaran ini dijangka akan dikreditkan dalam tempoh terdekat bagi membantu penerima dalam menghadapi kos sara hidup.

Bagaimana cara semakan tarikh bayaran STR Fasa 2 2025? Rujuk panduan lengkap di bawah untuk mengetahui tarikh rasmi pembayaran, syarat kelayakan, dan cara membuat semakan status penerima.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

STR FASA 2 2025 TARIKH BAYARAN

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

JENIS PENERIMAAN BAYARAN STR FASA 2 2025

Penerimaan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :

  • Penerima Ada Akaun Bank :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan.
  • Penerima Tiada Akaun Bank :
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.

STR FASA 2 2025 TARIKH BAYARAN

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah dijadualkan pada tarikh seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
Melalui Kaunter Bank Simpanan NasionalMulai 3 April 2025
Melalui Akaun Bank3 April 2025 dan berperingkat

*Sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa ke-2 oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.

STR FASA 2 2025 WAKTU BAYARAN

Berikut merupakan waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima :

  • Bank Simpanan Nasional : Selepas 6 petang;
  • Bank Islam : Selepas 8 malam;
  • Affin Bank : Selepas 8 malam;
  • Ambank : Selepas 8 malam;
  • Maybank : Selepas 9 malam;
  • Cimb Bank : Selepas 9 malam;
  • RHB Bank : Selepas 9 malam;
  • Bank Muamalat : Selepas 10 malam; dan
  • Lain-lain Bank : Selepas 10 malam.

*Bagaimanapun, waktu bayaran masuk ke dalam akaun bank penerima adalah tidak menentu dan akan mengambil masa tiga (3) hingga lima (5) hari bekerja.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2025

Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa ke-2 adalah dianggarkan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
FASA 2 2025
Isi Rumah B40
(Pendapatan Bawah RM2,500)
RM150 – RM650
(Bergantung bilangan anak)
Isi Rumah M40
(Pendapatan RM2,501 – RM5,000)
RM100 – RM300
(Bergantung bilangan anak)
Warga Emas Tiada PasanganRM150
BujangRM150

*Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran yang berbeza dan perlu menyemak pada portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) seperti di bawah.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bayaran fasa ke-2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.