STR Isi Rumah 2025: Semakan Status Fasa 1 & Syarat Bantuan Tunai

STR Isi Rumah 2025: Semakan Status Bantuan Fasa 1 dan Syarat

Kerajaan Madani sangat prihatin terhadap keadaan ekonomi rakyat Malaysia, terutama dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Sebagai langkah untuk meringankan beban, kerajaan telah meneruskan pemberian Sumbangan Tunai Rahmah (STR), seperti yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya. Bantuan tunai ini ditujukan untuk membantu golongan berpendapatan rendah, terutamanya B40 dan M40, dalam menampung kos perbelanjaan harian mereka.

Apa itu STR Isi Rumah 2025? Teruskan pembacaan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai semakan STR 2025, syarat kelayakan, dan maklumat terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-rm100-mykad-2025/

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2025

STR 2025 merupakan program bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia sebagai sebahagian daripada inisiatif Bantuan Rahmah. Bantuan ini menawarkan bantuan tunai kepada individu dan isi rumah yang layak, dengan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima.

SYARAT KELAYAKAN STR

Antara syarat kelayakan bagi penerima bantuan tunai ini adalah seperti:

  • a. Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH STR ISI RUMAH 2025

Kadar pemberian bantuan ini adalah berbeza mengikut kategori yang telah diluluskan. Anda boleh rujuk rajah di bawah untuk mengenal pasti:

KATEGORI KELAYAKANJUMLAH BANTUAN
Isi rumah berpendapatan
RM 2,500 ke bawah
Tiada Anak: RM 1,000
Anak 1-2: RM 1,500
Anak 3-4: RM 2,000
5 dan keatas: RM 2,500
Isi rumah berpendapatan
RM 2,01 hingga RM 5,000
Tiada Anak: RM 500
Anak 1-2: RM 750
Anak 3-4: RM 1,000
5 dan keatas: RM 1,250
Warga emas tiada pasangan
RM 5,000 dan ke bawah
RM 600
Bujang
RM 2,500 dan ke bawah
RM 600

TARIKH BAYARAN STR ISI RUMAH 2025

Mengenai tarikh bayaran bantuan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah 2025, sehingga kini masih belum mendapat pengumuman rasmi oleh kerajaan Malaysia. Oleh itu, jika terdapat sebarang maklumat terkini, kami akan kemaskini sejurus sahaja berita dihebahkan.

SEMAKAN STR ISI RUMAH 2025

Bakal penerima seharusnya membuat semakan status bagi mengenal pasti kategori yang dipohon adalah tepat dan bersesuaian dengan kriteria penerima. Rujuk panduan di bawah untuk semakan:

  1. Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
  2. Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
  5. Tekan butang [Log Masuk].
  6. Kemudian, klik butang [Semak].
  7. Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
  8. Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
  9. Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
  10. Tekan [Log Masuk].
  11. Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
  12. Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
  13. Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
  14. Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.
    • i. Tarikh Kredit
    • ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
    • iii. Nama Penerima
    • iv. Fasa Pembayaran
    • v. Jumlah Dikredit
    • vi. Status Kredit
    • vii. Nama Bank dan No akaun
  15. Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  16. Selesai.

SET SEMULA KATA LALUAN

Panduan di bawah adalah untuk tetapan semula kata laluan bagi individu yang telah lupa untuk log masuk portal rasmi STR:

  1. Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx?.
  2. Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
  3. Masukkan No MyKad.
  4. Klik [Semak].
  5. Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
  6. Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
  7. Check emel dan log masuk semula MySTR.
  8. Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
  9. Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
  10. Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan atau pertanyaan boleh hubungi pihak yang berwajib di bawah. Pihak kami sekadar berkongsi perkara ini untuk memudahkan jangkauan pengguna.

E-mel : [email protected].

Hotline STR Hasil : 03-8882 4565/03-8882 4566