Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
STR 2025 Login: Panduan Semakan Status Fasa 1
Inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah bantuan Kerajaan yang ditujukan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang layak. Bantuan ini bertujuan membantu penerima menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Bagaimana cara login STR 2025 di bantuantunai.hasil.gov.my? Ikuti panduan lengkap untuk semakan status kelayakan dan maklumat terkini di sini.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
SYARAT KELAYAKAN
Anda layak memohon STR 2025 sekiranya memenuhi kategori kelayakan seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Maklumat tambahan: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan kategori bujang.
LOGIN STR SEMAK JUMLAH BANTUAN
Jumlah bayaran STR 2025 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan. Jumlah bantuan yang akan diterima adalah seperti berikut:
KATEGORI KELAYAKAN | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM1,000. 1-2 anak : RM1,500. 3-4 anak : RM2,000. 5 ke atas : RM2,500. |
Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM5,000 | Tiada anak : RM500. 1-2 anak : RM750. 3-4 anak : RM1,000. 5 ke atas : RM1,250. |
Warga Emas Tiada Pasangan (Umur 60 tahun ke atas) | RM600. |
Bujang (Umur 21 hingga 59 tahun) | RM600. |
TARIKH BAYARAN STR FASA 1 2025
Semakan bayaran kredit ke akaun penerima STR 2025 Fasa 1 adalah pada (akan dikemaskini apabila diumumkan secara rasmi). Biasanya pada awal tahun.
Baca juga : Portal Info Terkini Bantuan Malaysia.
LOGIN STR
PANDUAN LENGKAP CARA LOGIN STR 2025 DAN SEMAKAN STATUS FASA 1.
- Sila masuk ke Link Rasmi Login STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Default.aspx.
- Pengguna akan di bawa ke Halaman Utama Portal Sumbangan Tunai Rahmah.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
- Isi Nombor Kad Pengenalan pengguna di ruangan [No Kad Pengenalan].
- Tekan butang [Log Masuk].
- Kemudian, klik butang [Semak].
- Paparan akan menunjukkan “Adakah ini kata kunci keselamatan anda”?.
- Klik [Ya] jika Kata Kunci Keselamatan yang dipaparkan kepunyaan anda.
- Kemudian, pengguna dikehendaki memasukkan Kata Laluan/Password. Jika terlupa password atau hilang sila rujuk panduan cara dapatkan balik kata laluan yang telah disedia di bawah.
- Tekan [Log Masuk].
- Anda telah berjaya Login ke Halaman Utama MySTR.
- Untuk semakan status bayaran bantuan STR secara online, sila klik [Semakan Permohonan].
- Seterusnya lihat di bahagian [Maklumat Pembayaran].
- Pengguna akan melihat paparan maklumat seperti yang dinyatakan di bawah.i. Tarikh Kredit
ii. No. Pengenalan Akaun Dikredit
iii. Nama Penerima
iv. Fasa Pembayaran
v. Jumlah Dikredit
vi. Status Kredit
vii. Nama Bank dan No akaun - Proses pembayaran akan dibuat secara berperingkat kepada penerima yang berstatus LULUS. Bagi yang tiada akaun bank, boleh membuat penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
- Selesai.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Berikut adalah cara dapatkan balik password yang lupa atau hilang.
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Reset Kata Laluan/Password MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx? |
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR di atas.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
TIDAK MEMPUNYAI EMEL/ EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR PADA STR/ EMEL TIDAK SAH
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas :
- Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.
Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.
Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.
Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau