Login STR 2025: Semakan STR dan Status Fasa 1
Untuk makluman anda, inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan kewangan yang disalurkan oleh kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat Malaysia yang layak menerima berdasarkan syarat kelayakan yang ditetapkan.
BACA JUGA : Kemaskini STR 2025 Online
Syarat Kelayakan STR 2025
Anda layak memohon STR 2025 jika memenuhi kriteria berikut:
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu/Bapa Tunggal (Balu/Janda/Duda) yang mempunyai anak; dan
- Pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Berumur 60 tahun dan ke atas.
- Pendapatan RM5,000 ke bawah.
- Bujang
- Berumur 21-59 tahun.
- Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun ke atas.
- Pendapatan RM2,500 ke bawah.
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA/IPTS.
Nota Tambahan:
Bagi individu bujang yang masih belajar sepenuh masa, maklumat hanya boleh dikemas kini di dalam permohonan isi rumah.
Jumlah Bantuan STR 2025
Jumlah bayaran STR 2025 adalah berdasarkan kategori kelayakan:
Kategori Kelayakan | Kadar Bantuan (RM) |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan < RM2,500 | Tiada anak: RM1,000. |
1-2 anak: RM1,500. | |
3-4 anak: RM2,000. | |
5 anak ke atas: RM2,500. | |
Isi Rumah Pendapatan < RM5,000 | Tiada anak: RM500. |
1-2 anak: RM750. | |
3-4 anak: RM1,000. | |
5 anak ke atas: RM1,250. | |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600. |
Bujang (21-59 tahun) | RM600. |
Tarikh Bayaran STR Fasa 1 2025
Bayaran STR Fasa 1 2025 dijadualkan dikreditkan ke akaun penerima yang layak pada Januari 2025. Tarikh rasmi akan diumumkan oleh pihak kerajaan melalui portal rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.
Cara Login STR 2025 dan Semakan Status
Ikuti langkah di bawah untuk login STR 2025 dan semak status kelayakan anda:
Status kelayakan dan jumlah bayaran akan dipaparkan.
- Layari laman rasmi di: bantuantunai.hasil.gov.my.
- Klik pada butang Log Masuk.
- Masukkan Nombor MyKad (12 digit) dan kata laluan anda.
- Klik pada butang Semakan STR 2025.
LUPA KATA LALUAN LOGIN STR
Berikut adalah cara dapatkan balik password yang lupa atau hilang.
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Reset Kata Laluan/Password MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/TerlupaKataLaluan.aspx? |
- Tekan pautan Reset Kata Laluan MySTR di atas.
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Soalan Keselamatan.
- Masukkan No MyKad.
- Klik [Semak].
- Masukkan Emel yang berdaftar semasa Permohonan STR dan klik [Seterusnya].
- Kata Laluan sementara akan di emelkan pada emel yang didaftarkan.
- Check emel dan log masuk semula MySTR.
- Isi No. MyKad (12 Digit) dan sila sahkan kata kunci keselamatan.
- Masukkan Kata Laluan Sementara yang telah diemelkan dan set semula Kata Laluan Baharu anda.
- Setelah berjaya set semula Password, anda boleh log masuk ke Portal MySTR seperti biasa berpandukan toturial cara login STR secara online di atas.
- Selesai.
TIDAK MEMPUNYAI EMEL/ EMEL TIDAK SAMA SEPERTI YANG BERDAFTAR PADA STR/ EMEL TIDAK SAH
Sekiranya anda mengalami masalah seperti di atas :
- Set semula Password melalui emel tidak boleh dibuat.
- Sahkan kata kunci keselamatan.
- Pemohon perlu menjawab 3 soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini.
- Masukkan Kata Laluan Baharu dan Sahkan Password.
Sekiranya anda tersilap menjawab kata laluan setelah 3 kali percubaan diberikan. ID permohonan akan disekat. Selepas 24 jam, anda boleh log masuk semula MySTR dengan menjawab soalan keselamatan yang diberikan tanpa perlu menghubungi talian Hotline.
Sekiranya anda terlupa jawapan bagi soalan keselamatan berkenaan, anda boleh menghubungi talian Hotline BKK atau hadir ke Pejabat HASiL. Untuk set semula akaun STR. Selepas akaun STR telah diset semula, anda perlu mendaftar semula MySTR dan menjawab soalan keselamatan yang dipaparkan.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan, sila hubungi pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami hanya berkongsi maklumat bertujuan untuk memudahkan urusan carian pengguna.
Hadir ke Pejabat LHDNM yang berhampiran dengan anda.
- Hubungi Hotline BKK : 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau
- Hubungi MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang); atau