STR Tambahan 2025: Semakan Kelayakan & Bayaran (RM600, RM900, RM2,100)
Bagi membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menghadapi cabaran kos sara hidup, kerajaan menyediakan STR Tambahan 2025 melalui Sumbangan Asas Rahmah (SARA). Bantuan ini diberikan kepada penerima STR yang layak, dengan jumlah bayaran sehingga RM2,100 yang disalurkan secara berperingkat sepanjang tahun.
Bagaimana cara semakan kelayakan STR Tambahan 2025? Rujuk info lengkap di bawah untuk mengetahui status kelayakan dan jadual bayaran terkini.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-sara-2025/
AMAUN BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Amaun Bantuan STR dan Tambahan akan dibayar mengikut kelayakan setiap kategori seperti berikut :
- Penerima STR Berstatus Miskin Tegar & Miskin eKasih :
- Bagi penerima STR yang tersenarai dalam rekod data eKasih.
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2025 | AMAUN BAYARAN STR TAMBAHAN |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | + RM2,100 |
Warga Emas | RM600 | + RM1,650 |
Bujang | RM600 | + RM600 |
- Penerima STR Berstatus Asas Bukan Miskin eKasih :
- Bagi penerima STR yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih.
KATEGORI PENERIMA | AMAUN BAYARAN STR 2025 | AMAUN BAYARAN STR TAMBAHAN |
---|---|---|
Isi Rumah B40 | 0 anak : RM1,000 1-2 anak : RM1,500 3-4 anak : RM2,000 5 ke atas : RM2,500 | + RM900 |
Isi Rumah M40 | 0 anak : RM500 1-2 anak : RM750 3-4 anak : RM1,000 5 ke atas : RM1,250 | + RM900 |
Warga Emas | RM600 | + RM450 |
Bujang | RM600 | – |
*Nota : Amaun di atas akan dibayar secara ansur berperingkat.
JADUAL BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Pembayaran Bantuan Tambahan adalah secara ansur setiap bulan, tidak sama seperti pembayaran Bantuan STR yang secara berfasa. Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan Tambahan mengikut kelayakan penerima :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih | Bermula 15 Januari sehingga Disember 2025 (12 bulan) |
Penerima Asas Bukan Miskin | Bermula April sehingga Disember 2025 (9 bulan) |
KAEDAH BAYARAN STR TAMBAHAN 2025
Kaedah pembayaran Bantuan STR dan tambahan adalah berbeza seperti berikut :
- Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan; atau
- Diberikan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank.
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tambahan :
- Dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai melalui kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas.
JUMLAH PENERIMA STR TAMBAHAN 2025
Tidak semua penerima STR akan menerima tambahan, berikut merupakan jumlah penerima yang layak :
JENIS BANTUAN | JUMLAH PENERIMA LAYAK |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) | 8.3 juta penerima (fasa 1) |
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Tambahan | 5.4 juta penerima |
*Nota : Bagaimanapun jumlah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan sentiasa bertambah seiring dengan permohonan baharu yang dibuka sepanjang tahun.
STR TAMBAHAN 2025 CEK KELAYAKAN
Berikut merupakan panduan cek kelayakan penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tambahan (SARA) yang lengkap di pautan Portal Rasmi :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR 2025 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran STR dan Tambahan (SARA) akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan STR / SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SUMBANGAN%20ASAS%20RAHMAH%20(SARA)%202025.pdf..