Semakan Bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2025: Cek Kelayakan Nama Penerima (RM2100, RM1650, RM900, RM600)
Peningkatan hasil negara dan penjimatan subsidi telah memungkinkan kadar peruntukan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan hingga 30%, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM13 bilion—peningkatan ketara berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya. Langkah ini bertujuan memberi manfaat tambahan kepada golongan yang layak menerima bantuan.
Ingin tahu cara membuat semakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah 2025 dan memastikan nama anda tersenarai? Ikuti panduan dan maklumat lanjut di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/str-fasa-1-2025/
PENGENALAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah merupakan bantuan tambahan bersasar kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melalui penyaluran secara tanpa tunai (cashless) menerusi teknologi digital mutakhir untuk membantu menampung kos perbelanjaan barangan keperluan asas supaya dapat mudah diterima dan digunakan.
SEMAKAN BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Ikuti panduan semakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah di pautan Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah seperti berikut :
PERKARA | PAUTAN |
---|---|
Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Status Bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Dalam Proses’.
- Selesai.
JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 adalah berjumlah sebanyak :
KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025 |
---|---|
Miskin dan Miskin Tegar | Isi Rumah : RM2,100 setahun Warga Emas : RM1,650 setahun Bujang : RM600 setahun |
Asas Bukan Miskin | Isi Rumah : RM900 setahun Warga Emas : RM450 setahun Bujang : Tiada peruntukan |
JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada semua penerima secara ansur setiap bulan mengikut jadual seperti berikut :
MISKIN DAN MISKIN TEGAR | ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15 Januari 2025 | – |
Februari 2025 | – |
Mac 2025 | – |
April 2025 | April 2025 |
Mei 2025 | Mei 2025 |
Jun 2025 | Jun 2025 |
Julai 2025 | Julai 2025 |
Ogos 2025 | Ogos 2025 |
September 2025 | September 2025 |
Oktober 2025 | Oktober 2025 |
November 2025 | November 2025 |
Disember 2025 | Disember 2025 |
KEGUNAAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
Penerima yang layak boleh menggunakan Sumbangan Asas Rahmah untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
CARA GUNA SUMBANGAN ASAS RAHMAH 2025
- Kunjungi kedai atau pasaraya yang terpilih berhampiran (rujuk senarai kedai di sini : https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list).
- Pilih barangan keperluan asas yang ingin dibeli mengikut produk yang dilulus (rujuk label MyKasih / SARA pada rak tanda harga).
- Tunjukkan kad pengenalan anda kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan.
- Juruwang akan mengimbas barangan yang dipilih mengikut produk yang diluluskan.
- Masukkan 6-digit nombor PIN mengikut nombor awal kad pengenalan untuk pengesahan bayaran dan anda perlu tukar nombor PIN tersebut.
- Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/..