Syarat Mohon Bantuan JKM 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menawarkan pelbagai jenis bantuan bulanan kepada golongan yang memerlukan. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat Malaysia, terutama bagi mereka yang dalam kesusahan.
Bagaimanakah syarat untuk memohon bantuan JKM 2025? Ketahui penjelasan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/e-wallet-200-2025/
SYARAT MOHON BANTUAN JKM 2025
Pada tahun 2024, bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melibatkan peruntukan lebih RM2.4 billion yang memberi manfaat kepada lebih 450 ribu golongan isi rumah miskin tegar, warga emas, kanak-kanak serta OKU.
Oleh itu, Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa syarat kelayakan diperluaskan selaras dengan kenaikan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
*Nota : Setiap bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mempunyai syarat kelayakan yang berbeza mengikut jenis bantuan.
SENARAI JENIS BANTUAN JKM 2025
Terdapat 11 jenis bantuan yang disalurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antaranya ialah :
- Bantuan Kanak-Kanak (BKK) :
- Bagi membantu memastikan kesejahteraan dan perkembangan kanak-kanak dengan kadar RM150 seorang sehingga RM1,000 sekeluarga.
- Elaun Pekerja Cacat (EPC) :
- Memberikan galakan kepada golongan OKU yang berkerja supaya terus berdikari dan produktif dengan kadar bantuan RM450 sebulan.
- Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) :
- Menyokong golongan OKU yang tidak mampu bekerja untuk memenuhi keperluan asas dengan kadar bantuan RM300 sebulan.
- Bantuan Penjagaan OKU Terlantar/ Pesakit Kronik Terlantar (BPT) :
- Untuk membantu penjaga OKU atau pesakit kronik yang memerlukan jagaan rapi dengan kadar bantuan RM500 sebulan.
- Bantuan Warga Emas (BWE) :
- Bagi meringankan beban kewangan warga emas yang memerlukan dengan kadar bantuan RM500 sebulan.
- Bantuan Am Persekutuan (BA) :
- Membantu individu atau keluarga yang memerlukan bantuan kewangan sementara dengan kadar bantuan RM100 seorang sehingga RM350 sekeluarga.
- Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
- Untuk menyokong keluarga angkat dalam penjagaan anak pelihara dengan kadar bantuan RM250 seorang sehingga RM500 untuk dua orang atau lebih.
- Bantuan Latihan Perantis (BLP) :
- Memberikan elaun kepada pelatih yang mengikuti latihan perantis dengan kadar bantuan RM200 sebulan.
- Bantuan Geran Pelancaran (GP);
- Bantuan Alat Tiruan/ Alat Sokongan (BAT);
- Tabung Bantuan Segera (TBS).
SYARAT UMUM BANTUAN JKM 2025
Untuk layak menerima bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), pemohon mestilah memenuhi syarat-syarat umum seperti berikut :
- Kewarganegaraan :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin di Malaysia.
- Pendapatan :
- Tergolong dalam kumpulan berpendapatan rendah atau miskin.
- Kriteria Khusus :
- Memenuhi syarat-syarat khusus yang ditetapkan bagi setiap jenis bantuan (rujuk di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN JKM 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti berikut :
- Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
- Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
- Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
- Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
- Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
- Klik pada butang [Semak].
- Status pemohon akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN MOHON BANTUAN JKM 2025
Berikut merupakan panduan cara mohon Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) :
- Semak Kelayakan : Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan umum dan khusus bagi bantuan yang dipohon.
- Sediakan Dokumen Sokongan : Kumpulkan dokumen yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan, sijil kelahiran, penyata pendapatan, dan dokumen lain yang berkaitan.
- Isi Borang Permohonan : Dapatkan borang permohonan di pejabat JKM terdekat atau muat turun dari laman web rasmi JKM.
- Hantar Permohonan : Serahkan borang permohonan yang lengkap bersama dokumen sokongan ke pejabat JKM berhampiran.
- Tunggu Maklum Balas : Pihak JKM akan memproses permohonan anda dan memaklumkan keputusan melalui surat atau panggilan telefon.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan JKM, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian JKM : 03 – 8000 8000
- Faks : 03 – 8323 2045
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/.