SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025: SEMAKAN STATUS PENERIMA (RM50, RM100 & RM200 SEBULAN)

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025: SEMAKAN STATUS PENERIMA (RM50, RM100 & RM200 SEBULAN)

Kerajaan meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 bagi membantu golongan berpendapatan rendah mendapatkan keperluan asas. Bantuan ini akan dikreditkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan di pasar raya terpilih. Penerima yang layak akan menerima bantuan bulanan sebanyak RM50, RM100, atau RM200, bergantung kepada kategori kelayakan.

Apakah syarat kelayakan MyKasih SARA 2025, dan bagaimana cara untuk membuat semakan status kelayakan? Ikuti panduan lengkap di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH SARA 2025

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
    • Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

PORTAL SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH DI PORTAL MYKASIH

Semakan status penerima My Kasih boleh dilakukan seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  8. Selesai.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH DI PORTAL MYSTR

Semakan status penerima My Kasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  8. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
    [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  9. Selesai.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR
&
(BERSTATUS eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumahRM100
sebulan
RM 200
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM100
sebulan
RM 150
sebulan
BujangRM50
sebulan
RM 50
sebulan
  • ategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR
(BUKAN eKasih)
BULAN
JANUARI – MAC
BULAN
APRIL – DISEMBER
Isi rumahRM 100
sebulan
Warga emas tiada pasanganRM 50
sebulan
Bujang

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025

Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH 2025

Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

SENARAI PASARAYA DAN KEDAI UNTUK PEMBELIAN BARANGAN MYKASIH

MyKasih mempunyai lebih daripada 600 rakan runcit di seluruh Negara untuk pembelian menggunakan MyKad termasuk Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa, 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), Serta Pasar Raya dan Pasar Mini Bebas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara