Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Fasa 2 akan dilaksanakan kepada lebih daripada 8.3 juta penerima, termasuk penerima sedia ada dan baharu yang memenuhi syarat kelayakan. Bantuan ini adalah sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan kos sara hidup rakyat.
Bilakah tarikh bayaran STR Fasa 2?
Semak jadual pembayaran dan cara menyemak status kelayakan penerima di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200
TARIKH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 dijangka akan dibayar pada tarikh seperti berikut :
PERKARA | TARIKH BAYAR |
---|---|
Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 2025 | Mulai 3 April 2025 dan berperingkat |
*Nota : Sekiranya terdapat sebarang perubahan tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah daripada Kementerian Kewangan (MOF), kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
CARA BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Terdapat dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah kepada penerima, iaitu melalui :
KREDIT TERUS KE AKAUN | TUNAI DI KAUNTER BANK |
---|---|
Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan bagi yang mempunyai akaun bank | Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi yang tidak mempunyai akaun bank |
JUMLAH BAYAR SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 untuk penerima sedia ada mengikut kategori yang ditetapkan :
ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 | WARGA EMAS | BUJANG B40 |
---|---|---|---|
RM150 hingga RM650 (bergantung bil. anak) | RM100 hingga RM300 (bergantung bil. anak) | RM150 | RM150 |
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang akan diterima dengan tepat, sila semak melalui portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (seperti di bawah).
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda sebagai penerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.