Dalam usaha membantu rakyat menghadapi peningkatan kos sara hidup, kerajaan telah meningkatkan peruntukan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 sehingga 30%. Bayaran seterusnya adalah bagi Fasa 2, yang akan dikreditkan kepada penerima yang layak dalam masa terdekat.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2 2025? Semak jadual pembayaran dan status kelayakan di sini!
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025
PROSES BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah sama seperti sebelum ini, iaitu melalui :
- Melalui pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima bagi penerima yang mempunyai akaun bank yang aktif; atau
- Melalui pemberian tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh Malaysia bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’.
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Bantuan STR Fasa 2 akan dibayar pada tarikh berikut :
CARA PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
---|---|
Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | 24 Mac 2025 |
Akaun bank Penerima | Mulai 24 Mac 2025 dan berperingkat |
*Nota : Bagaimanapun tarikh di atas adalah anggaran dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja ianya diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Berikut merupakan jumlah bayaran keseluruhan Bantuan STR bagi tahun 2025 kepada setiap kategori :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH KESELURUHAN BAYARAN BANTUAN STR 2025 |
---|---|
Isi Rumah Pendapatan RM2,500 dan Ke Bawah | Tiada anak : RM1,000 1 – 2 anak : RM1,500 3 – 4 anak : RM2,000 5 anak ke atas : RM2,500 |
Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada anak : RM500 1 – 2 anak : RM750 3 – 4 anak : RM1,000 5 anak ke atas : RM1,250 |
Warga Emas Tiada Pasangan | RM600 |
Bujang | RM600 |
*Nota : Oleh kerana, setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah bayaran yang berbeza bagi Fasa 2, penerima perlu membuat semakan di pautan portal rasmi STR LHDN.
SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Ikuti cara semakan status sebagai penerima Bantuan STR Fasa 2 melalui pautan portal rasmi berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
Bantuan STR LHDN | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan STR LHDN di atas.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh hadir ke pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.