Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025 akan dikreditkan secara berperingkat kepada penerima yang layak, termasuk mereka yang telah berdaftar dalam pangkalan data STR sedia ada dan baharu. Bantuan ini bertujuan meringankan beban rakyat dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Bagaimana cara semakan bayaran STR Fasa 2 2025? Ketahui tarikh rasmi, status kelayakan, dan info terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

BACA JUGA : Bantuan Madani 2025

KATEGORI KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Berikut merupakan kategori dan kelayakan yang ditetapkan untuk menerima bayaran Bantuan STR Fasa ke-2 :

  • ISI RUMAH :
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah tidak melebihi RM5,000 dan ke bawah.
  • WARGA EMAS :
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • BUJANG :
    • Belum berkahwin; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Bantuan STR akan dibayar secara berfasa pada tarikh seperti berikut :

  • Fasa Bayaran Bantuan STR :
    • Pertama (1) : 22 hingga 28 Januari 2025;
    • Kedua (2) : 3 April 2025 dan peringkat;
    • Ketiga (3) : Belum diketahui;
    • Keempat (4) : Belum diketahui.

*Nota : Tarikh bayaran Fasa ke-2 di atas akan dikemaskini kembali sekiranya terdapat perubahan tarikh.

AMAUN BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Amaun yang dipaparkan di bawah adalah merupakan bayaran penuh bagi tahun 2025 :

KATEGORI PENERIMAAMAUN BAYARAN
BANTUAN STR 2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
Warga Emas Tiada PasanganRM600
BujangRM600

*Nota : Setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima amaun bayaran Fasa ke-2 yang berbeza dan perlu disemak melalui laman rasmi STR.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Kaedah pembayaran Bantuan STR Fasa ke-2 adalah berpandukan jenis penerima seperti berikut :

JENIS PENERIMAKAEDAH BAYARAN
BANTUAN STR
Penerima Ada Akaun BankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan mengikut nombor
akaun yang didaftarkan semasa
permohonan
Penerima Tiada Akaun BankDiberikan secara tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN) berhampiran
Seluruh Malaysia termasuk di
Sabah dan Sarawak

PANDUAN SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025

Ikuti panduan semakan status sebagai penerima bayaran Bantuan STR Fasa ke-2 seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  11. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  12. Status Bayaran Fasa 2 akan dipaparkan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202025%20FASA%201.pdf.