TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025: SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA
Penerima yang telah memohon dan disahkan layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 pastinya menantikan pembayaran untuk Fasa 2, yang dijadualkan akan dibuat tidak lama lagi oleh kerajaan.
Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 2 2025, dan bagaimana cara untuk semak status kelayakan penerima? Ikuti maklumat lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan 2025
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2025 adalah pada tarikh berikut :
- Fasa Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
- Pertama (1) : 22 hingga 28 Januari 2025 (Telah dibayar);
- Kedua (2) : Mulai 3 April 2025 dan berperingkat;
- Ketiga (3) : Belum diketahui; dan
- Keempat (4) : Belum diketahui.
*Nota : Sekiranya terdapat perubahan tarikh bayaran STR Fasa Kedua (2) oleh Kementerian Kewangan (MOF), pihak kami akan kemaskini dari semasa ke semasa.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Berikut merupakan anggaran jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2) kepada setiap kategori penerima:
- Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
- RM150 hingga RM650 (bergantung bilangan anak).
- Isi Rumah Pendapatan RM2,501 hingga RM5,000 (M40) :
- RM100 hingga RM300 (bergantung bilangan anak).
- Warga Emas Tiada Pasangan :
- RM150 setiap individu.
- Bujang / Balu / Duda / Janda :
- RM150 setiap individu.
*Nota : Untuk mengetahui jumlah bayaran yang lebih tepat akan diterima, semak pada laman rasmi STR mengikut panduan di bawah.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Untuk mengetahui status kelayakan anda menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa dua (2), ikuti panduan semakan seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran Fasa dua (2) akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2025
Cara bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) masih sama seperti sebelum ini, iaitu :
- Penerima Ada Akaun Bank :
- Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan.
- Penerima Tiada Akaun Bank :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
- Penerima Status ‘Gagal Kredit’ :
- Diberikan secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) terdekat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.