Tarikh Bayaran STR Fasa 2 2025 Diumumkan: Semakan Kelayakan & Jumlah Bantuan

Kerajaan telah mengumumkan tarikh rasmi bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2025, dengan peruntukan sebanyak RM1.7 bilion. Pembayaran ini merangkumi RM1 bilion untuk isi rumah, RM200 juta untuk warga emas, dan RM500 juta untuk kategori bujang. Penyaluran akan bermula pada Mac 2025.

Bilakah bayaran STR Fasa 2 2025 akan diterima? Semak status kelayakan dan info terkini di sini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 2 2025 TELAH DIUMUMKAN

BACA JUGA : BANTUAN RAYA 2025

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 2

Penyaluran Bantuan STR Fasa 2025 seperti berikut:

FASA STRTARIKH PEMBAYARAN
Fasa 2STR Fasa 2 akan disalurkan kepada penerima yang layak bermula 24 Mac 2025 (Isnin)

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR FASA 2

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH RASMI BAYARAN STR FASA 2

Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 adalah mengikut kategori kelayakan penerima seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2500 kebawah
RM 150 hingga RM 650
(mengikut kelayakan penerima)
Isi rumah
berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
RM 100 hingga RM 300
(mengikut kelayakan penerima)
Warga emas tiada pasangan
berpendapatan
RM 5000 dan kebawah
RM 150
Bujang
berpendapatan
RM 2500 dan kebawah
RM 150

PORTAL RASMI SEMAKAN STATUS PENERIMA BAYARAN BAYARAN STR FASA 2

Semakan status bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh dilakukan di Portal Rasmi berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

SEMAK STATUS PENERIMA BAYARAN STR FASA 2 ONLINE

Status Bantuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  14. Selesai.

CARA BAYARAN BANTUAN STR FASA 2

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank penerima:
    Bantuan tunai akan disalurkan terus ke dalam akaun penerima atau pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara Tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN):
    Bagi penerima yang tidak memiliki akaun bank atau status pengkreditan ‘gagal kredit’ bayaran boleh diambil secara tunai di kaunter BSN berdekatan di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

RUJUKAN

RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf