mySalam 2025: Login & Semakan Kelayakan Penerima Bayaran

mySalam 2025: Login & Semakan Kelayakan Penerima Bayaran

Tabung Amanah mySalam menyediakan perlindungan takaful percuma sebagai inisiatif kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) menghadapi cabaran kewangan akibat penyakit kritikal atau hospitalisasi. Skim ini bertujuan memastikan penerima dapat menjalani kehidupan lebih stabil dengan bantuan kewangan yang disediakan.

Bagaimana cara login dan semak status kelayakan mySalam 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MYSALAM 2025

BACA JUGA : mySalam Tuntutan 2025: Semakan Kelayakan & Status Bayaran

KELAYAKAN PENERIMA MYSALAM 2025

Penerima my Salam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Sumbangan Tunai Rahmah dan Sumbangan Asas Rahmah. Serta memenuhi syarat kelayakan umur seperti berikut :

  • Kategori Berkahwin : Individu dan pasangan berumur antara 18 hingga 65 tahun.
  • Kategori Bujang : Individu bujang yang berumur 21 hingga 65 tahun.
  • Kategori OKU : Individu OKU yang berumur 18 hingga 65 tahun.

SENARAI MANFAAT MYSALAM 2025

Terdapat dua (2) jenis manfaat my Salam, iaitu :

  • Manfaat Hospitalisasi :
    • Hospitalisasi adalah sebagai pendapatan gantian yang khas untuk individu yang dimasukkan ke wad hospital kerajaan / hospital universiti atau hospital angkatan tentera boleh menuntut wang tunai sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari bersamaan sebanyak RM700.
  • Manfaat Penyakit Kritikal :
    • Sekiranya penerima mySalam disahkan mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal yang tersenarai di mySalam, penerima boleh menuntut manfaat bernilai RM8,000 dari mySalam yang akan dibayar sepenuhnya ke akaun penerima sekali seumur hidup.

PANDUAN LOGIN MYSALAM SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Ikuti panduan log masuk (login) mySalam untuk semakan status kelayakan sebagai penerima seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi mySalam 2025https://www.mysalam.com.my/mys/info/
(DI SINI)
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi mySalam di atas.
  2. Halaman utama mySalam akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk Ke Portal].
  4. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan kata laluan yang telah ditetapkan.
  6. Klik butang [Log Masuk].
  7. Bagi yang belum pernah log masuk, sila klik butang [Log Masuk Kali Pertama].
  8. Masukkan nombor kad pengenalan mengikut format yang betul tanpa sengkang (-).
  9. Seterusnya, klik butang [Hantar].
  10. Sahkan kata laluan anda dengan betul.
  11. Kemudian, log masuk semula.
  12. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  13. klik pada butang [Semakan Status].
  14. Status anda akan dipaparkan :
    • “Anda LAYAK untuk Skim Perlindungan B40 mySalam. Kelayakan perlindungan adalah bagi tahun 2024 & 2025. Sila Log Masuk ke Portal untuk menghantar tuntutan”.
  15. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM (HOSPITALISASI)

Bagi penerima yang dimasukkan ke dalam wad dan bermalam di wad sehari atau lebih boleh menuntut mySalam untuk hospitalisasi bernilai RM50 sehingga RM700 mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan[Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  8. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Hospitalisasi].
  9. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  10. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan Salinan [Nota Discaj Hospital].
  11. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  12. Selesai.

CARA TUNTUT MYSALAM (PENYAKIT KRITIKAL)

Bagi penerima yang mengidap salah satu daripada 45 jenis penyakit kritikal boleh menuntut mySalam bernilai sehingga RM8,000 mengikut panduan seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi di pautan ini : https://www.mysalam.com.my/mys/info/.
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Scroll ke bawah, pergi ke bahagian kiri di ruangan [Log Masuk Portal]
  4. Seterusnya, klik [Log Masuk Portal]
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan Ahli] tanpa sengkang (-) dan masukkan [Kata Laluan] penerima yang layak yang dihantar melalui SMS (atau kata laluan terkini yang telah anda tetapkan).
  6. Kemudian, Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Klik Pada [Muat Turun Borang] dan [Download] Borang [Penyakit Kritikal – Kenyataan Doktor] – Penerima hendaklah rujuk Doktor atau Pakar yang merawat untuk lengkapkan maklumat borang tersebut.
  8. Seterusnya, Klik bahagian [Tuntutan] dan Klik bahagian [Penyerahan Tuntutan].
  9. Kemudian, scroll ke bawah dan Klik pada [Tuntutan Penyakit Kritikal].
  10. Isi Maklumat yang diperlukan dengan Maklumat yang Tepat dan Lengkap.
  11. Muat Naik Dokumen Salinan [Kad Pengenalan] dan [Dokumen Kenyataan Doktor] -Borang yang dilengkapkan oleh Doktor pada no 7.
  12. Klik butang [Hantar] untuk melengkapkan proses penghantaran tuntutan.
  13. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan mySalam, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mysalam.com.my/mys/info/?url=intro.