Kerajaan terus menambah baik program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) melalui kerjasama dengan MyKasih Foundation, bertujuan membantu golongan yang memerlukan menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat.
Program ini direka untuk memberi bantuan dalam bentuk barangan keperluan asas harian dan barangan persekolahan secara sistematik dan berperingkat menggunakan kaedah tanpa tunai (cashless).
BACA JUGA : Bantuan MyKad RM1200 2025: Semakan MyKad & Cara Semak Kelayakan Online
APA ITU MYKASIH 2025
MyKasih merupakan satu pertubuhan untuk membantu golongan yang memerlukan dan berpendapatan rendah termasuklah keluarga dan pelajar. Dibawah MyKasih, terdapat program bantuan untuk membantu golongan tersebut iaitu Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), bagi memenuhi keperluan barangan asas.
Bantuan ini akan disalurkan kepada penerima bantuan STR dan golongan Miskin Tegar yang berdaftar di eKasih. Oleh itu pemohon hendaklah terlebih dahulu memohon bantuan STR dan berdaftar dengan eKasih (golongan miskin). Penerima Bantuan STR dan golongan Miskin Tegar akan menerima bantuan ini secara automatik.
Bayaran bantuan ini akan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) ke dalam MyKad penerima, untuk kegunaan pembelian barangan keperluan asas bulanan, di 600 kedai runcit yang terpilih untuk program MyKasih.
Bagaimana Daftar MyKasih 2025 Online?
Berikut adalah langkah-langkah penting:
- Layari laman web rasmi: Kunjungi www.mykasih.com.my untuk mendaftar.
- Permohonan online: Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat peribadi yang diperlukan.
- Semakan kelayakan: Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk memohon program MyKasih 2025.
- Panduan penggunaan: Ketahui cara guna MyKasih untuk membeli barangan keperluan harian dan perbelanjaan lain melalui kaedah cashless.
Program ini sangat membantu golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan barangan asas dengan lebih mudah dan terkawal.
Info Lanjut Berkenaan MyKasih
- Berita terkini Sumbangan Tunai Rahmah: Pantau perkembangan terbaru melalui laman web rasmi atau saluran berita tempatan.
- Ketahui cara penggunaan aplikasi dan portal MyKasih untuk memaksimumkan manfaat yang diterima.
Jangan ketinggalan untuk register MyKasih 2025 online dan nikmati faedah program ini dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.
SYARAT KELAYAKAN REGISTER MYKASIH 2025
Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.
CARA REGISTER MYKASIH 2025
Bantuan MyKasih perlulah terdiri daripada kategori penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan berdaftar eKasih.
Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:
- Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
- Lengkapkan maklumat Permohonan.
- Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
- Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
- Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
- Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
- Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
- Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
- Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
- Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.
Panduan lengkap Pendaftaran eKasih adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx - Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Anda akan dipaparkan dengan butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih.
- Anda dikehendaki membaca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
- Seterusnya, anda hendaklah hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda.
- Anda dikehendaki membuat pendaftaran di PPN; atau hubungi PPN berhampiran anda di talian.
- Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx - Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN
Semakan status dan kelayakan bantuan MyKasih/SARA boleh dilakukan melalui kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan MyKasih/SARA 2025 dalam tempoh 12 bulan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) (BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR eKasih) | KADAR BANTUAN (RM) (PENERIMA STR 2025 ) |
---|---|---|
Isi rumah | RM 1200 | RM 900 |
Warga emas tanpa pasangan | RM 1200 | RM 450 |
Bujang | RM 600 | – |
TARIKH MASUK BAYARAN
Bayaran bakal dilaksanakan secara berperingkat mulai April 2025. Manakala, bagi kategori penerima berstatus miskin dan miskin tegar eKasih akan diagihkan bermula Januari 2025, secara berperingkat. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh bayaran, kami akan mengemaskini dari semasa ke semasa.
KAEDAH BAYARAN
Kaedah pengkreditan dilakukan adalah secara cashless (tanpa tunai), dimana wang akan disalurkan kedalam MyKad penerima. Penerima boleh membuat pembayaran MyKasih di dalam premis ayng terpilih dengan menggunakan MyKad untuk membeli barang keperluan asas.
CARA PEMBELIAN BARANG KEPERLUAN ASAS
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit untuk MyKasih adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga. - Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan. - Imbas Kod Barangan
Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan. - Bayar Menggunakan MyKad
Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian. - Simpan Resit Untuk Semakan
Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai persoalan atau pertanyaan mengenai perkara di atas, sila berhubung terus pihak yang berwajib di bawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi ini untuk memudahkan carian pengguna. Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pengguna yang memerlukan maklumat ini.
Hubungi pihak berwajib, sila hubungi talian bantuan MyKasih (603) 7720 1800 .