Daftar Lesen Motor Percuma 2025: Permohonan MyLesen B2 Online

Daftar Lesen Motor Percuma 2025: Program MyLesen B2

Berita baik! Program MyLesen B2 kembali untuk tahun 2025. Inisiatif oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) ini bertujuan membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 secara percuma. Kos program ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.

Ingin tahu cara daftar lesen motor percuma 2025? Ikuti panduan penuh dan penjelasan di sini!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-online-2025/

TARIKH MOHON

Permohonan ini dibuka mulai bulan Februari hingga Oktober 2024. Namun begitu, permohonan ini hanya terhad kepada 35,000 peserta atau pemohon sahaja.

Sekiranya mencapai jumlah peserta, maka permohonan akan ditutup.

LESEN MOTOR PERCUMA

SYARAT DAFTAR LESEN MOTOR

Peserta yang ingin memohon pendaftaran lesen B2 secara percuma perlu mengikuti syarat-syarat seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 Tahun dan Ke Atas
  • Terbuka Kepada Golongan B40 dan Tanggungan
  • Sihat Fizikal Dan Mental
  • Belum Memiliki Sebarang Lesen Memandu
  • Bebas Senarai Hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

TERMA DAN SYARAT PENDAFTARAN

  • Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 16 tahun dan ke atas semasa mengemukakan permohonan.
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan.
  • Sihat fizikal dan mental.
  • Peserta tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Peserta tidak disenarai hitamkan oleh mana-mana agensi Kerajaan, badan swasta atau Institusi Kewangan semasa mengemukakan permohonan.
  • Kos yuran peserta akan ditaja sepenuhnya melibatkan fi latihan, amali dan ujian.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Peserta diwajibkan untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

DAFTAR LESEN MOTOR PERCUMA

Pendaftaran lesen B2 percuma adalah sangat mudah dan dalam talian sahaja. Pendaftaran boleh dibuat dengan mengikuti langkah di bawah:

  1. Layari laman web rasmi JPJ https://www.jpj.gov.my/ atau terus isi Google Form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSek9MDK5_satgAfN283DSDZr-B8mqJ9xjob6peUumW8c9mRWg/closedform.
  2. Isi semua maklumat pada borang permohonan dengan betul.
  3. Sila sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti:
    • Kad pengenalan
    • Keputusan ujian saringan kesihatan
    • Gambar passport
  4. Bawa dokumen di atas ke pusat latihan memandu yang berdekatan untuk membuat praktikal
  5. Selesai.

RUJUKAN

Sekiranya pemohon mengalami sebarang masalah berkaitan pendaftaran, boleh rujuk di:

E-mel : [email protected]

Aduan/Pertanyaan : https://jpj.spab.gov.my/eApps/system/index.do?aplCode=ms

No. Telefon : 03-8000 8000

No. Faks : 03-8881 0194