Baki SARA RM100 One-Off: Cara Semak Online Bayaran Bantuan Tunai Terkini
Kerajaan akan mengkreditkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara one-off sebanyak RM100 dalam masa terdekat. Seramai lebih 22 juta rakyat Malaysia bakal menerima manfaat ini. Sekiranya anda salah seorang penerima, anda kini boleh menyemak baki bayaran SARA secara online dengan mudah dan pantas melalui platform rasmi yang disediakan kerajaan.
Bagaimanakah cara semakan baki bantuan RM100 ini dilakukan secara atas talian? Ikuti panduan langkah demi langkah dan maklumat penting di bawah.
SARA Untuk Semua boleh disemak melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.


Untuk mendapatkan bantuan ini, anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih. Senarai kedai terpilih pula boleh disemak melalui pautan MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list

Perkara ini telah diumumkan dalam Pengumuman Penghargaan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Pemberian menerusi MyKad mulai 31 Ogos hingga 31 Disember 2025 untuk pembelian barangan asas di 4100 kedai seluruh negara.
Jom ketahui lebih lanjut tentang Bantuan SARA Untuk Semua
Pengenalan SARA Untuk Semua, Bantuan Tunai RM100 One-off
Ramai yang tertanya-tanya: Apa sebenarnya Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ni?
Trending sekarang
Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun Paling Gempak 2025!
Lepas YAB Perdana Menteri umum SARA untuk Semua iaitu SETIAP RAKYAT MALAYSIA BERUMUR 18 TAHUN DAN KE ATAS akan terima RM100 SARA secara ‘one-off’ pada 31 OGOS 2025, terus ramai tertanya-tanya… Eh, SARA ni bantuan apa?
Mari kami share!
- SARA ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara.
- Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Kedai runcit “Pak Mat” pun ada!
- Barang yang boleh beli ada 14 kategori yang meliputi 90,000 barangan. Memang banyak. Contoh – beras, telur, roti, minyak masak, pampers, panadol, alat tulis, sabun mandi dan sebagainya.
- Nak tahu apa yang paling ‘best’? Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.
- SARA RM100 ‘one-off’ ni diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400. Fuhh! Tapi, harus bijak berbelanja okay!
Rujuk infografik rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF):



Tarikh Pelaksanaan / Penebusan SARA UNTUK SEMUA
Kredit RM100 SARA UNTUK SEMUA sah digunakan sehingga tarikh luputnya, 31 Disember 2025. Baki yang tidak dibelanjakan akan diagihkan semula kepada golongan rentan melalui program yang diputuskan kelak.
Trending sekarang
Syarat Kelayakan
Setiap individu rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas layak menerima RM100 secara one-off menggunakan MyKad.
Secara kolektif, sesebuah isi rumah berpeluang menerima jumlah kredit SARA yang lebih tinggi. Contohnya, sebuah keluarga yang terdiri daripada sepasang suami isteri dan 2 orang anak berumur 18 tahun ke atas akan menerima jumlah keseluruhannya RM400.

Semakan SARA One-off
Semakan status SARA Untuk Semua boleh dibuat melalui laman web rasmi MyKasih melalui pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus mulai 21 Ogos 2025.

Anda hanya perlu memasukkan nombor MyKad ke ruangan yang tertera seperti dalam paparan skrin di atas.

Senarai Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan MyKad Menerusi Program SARA Untuk Semua
Kredit SARA boleh dibelanjakan di lebih 4,100 premis runcit melibatkan lebih 90,000 barangan keperluan dalam 14 kategori — antaranya beras, telur, kebersihan rumah, ubat-ubatan dan keperluan sekolah.
Jika anda merupakan penerima SARA atau program MyKasih sebelum ini, mekanisme yang digunakan adalah serupa.
Sila rujuk artikel berikut untuk mengetahui lebih lanjut cara semakan dan pembelian :

Cara Tebus Duit Dalam MyKad (SARA Untuk Semua)
Untuk menggunakan atau menebus wang dalam MyKad, anda hanya perlu membawa MyKad ke kedai yang terpilih. Sila rujuk : Kedai MyKasih Setiap Negeri 2025 (Senarai Lengkap)
Trending sekarang
Lupa Kata Laluan idMe KPM – Cara Tetapkan Semula Password
Juruwang akan mengimbas kad pengenalan anda untuk menebus bantuan tersebut. Pastikan anda menggunakannya untuk memberi barangan keperluan dalam kategori yang dikhaskan.
Sila rujuk langkah pembelian :
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
 
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.
 
- Tukar Nombor Pin
- Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
 
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
 
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
 
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
 
NOTA: MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik, bagi tujuan penggantian MyKad boleh dibuat melalui JPN. Sila rujuk MyKad Rosak, Cip Tak Berfungsi? Ini Cara Semak & Ganti IC

Anda boleh membuat semakan baki melalui laman web atau aplikasi MyKasih.
Sila rujuk video cara pembelian di bawah:

Maklumat Lanjut Program SARA Untuk Semua
Untuk maklumat lanjut, rujuk SOALAN LAZIM :
Apakah Bantuan RM100 One-off SARA Untuk Semua?
SARA Untuk Semua ialah bantuan tunai yang diberikan melalui MyKad penerima untuk beli barangan keperluan asas di kedai terpilih seluruh negara. SARA RM100 ‘one-off’ ini diberikan kepada individu. Kalau dalam keluarga ada 4 orang dewasa, satu rumah dah boleh dapat RM400.
Bagaimana kredit RM100 SARA dikreditkan dalam MyKad?
MyKad digunakan sebagai VERIFIKASI sesorang individu itu adalah penerima bantuan SARA RM100. Pastikan MyKad dalam keadaan baik.
Bagaimana cara pembelian barang yang menggunakan bantuan SARA one off RM100 ini?
Langkah-langkah menebus kredit RM100 dalam MyKad dan membuat pembelian barang menggunakan bantuan tunai SARA one-off adalah seperti berikut:
1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barangan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA dan MyKasih di rak tanda harga.
2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang menyemak status MyKad penerima bantuan.1.
3. Tukar Nombor Pin – Penerima bantuan perlu menukar nombor pin sementara (6-digit pertama MyKad) kepada nombor pin yang baru.
4. Imbas Kod Barangan – Juruwang mengimbas setiap barang keperluan makanan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
5. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi
6. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.
Tunjuk MyKad je untuk beli barang di bawah SARA. Mudah kata, ‘cashless’! Kalau tak habis guna, jangan risau baki tak ‘expired’. Boleh guna sehingga 31 Disember 2025.
Dekat mana boleh beli barang guna bantuan SARA Untuk Semua?
Kredit SARA boleh digunakan di lebih 4,100 kedai di seluruh negara — contohnya macam Giant, Mydin, HeroMarket dan banyak kedai lain. Senarai kedai terpilih boleh disemak melalui pautan MyKasih https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list
Bagaimana nak buat semakan kelayakan SARA one-off?
Anda boleh membuat semakan status kelayakan SARA Untuk Semua melalui portal MyKasih di pautan https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus bermula 21 Ogos 2025.

Bila tarikh akhir pembelian SARA?
Pembelian SARA boleh dibuat sepanjang tahun sehingga 31 Disember 2025. Baki setiap bulan akan dibawa ke bulan seterusnya.
Macam mana check baki SARA?
Semakan baki boleh dibuat menggunakan aplikasi MyKasih
Bagaimana nak tukar nombor telefon MyKasih?
Sila rujuk https://mykasih.com.my/mykasih-app/help.html
Bagaimana nak check baki bantuan SARA?
Semakan baki SARA dalam akaun MyKad penerima boleh disemak melalui pautan
https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
SARA merupakan program pelengkap kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR), yang menyalurkan kredit bulanan khusus untuk pembelian barangan asas. Inisiatif ini digagaskan oleh Kerajaan MADANI dan diperkenalkan menerusi Belanjawan MADANI pertama pada 2023, serta kini memanfaatkan 5.4 juta penerima aktif.
Dengan pelaksanaan inisiatif ini, jumlah keseluruhan peruntukan di bawah program STR dan SARA meningkat daripada RM13 bilion kepada RM15 bilion bagi tahun 2025.
Kedua-dua inisiatif ini merupakan tanda penghargaan Kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terus bersama mendukung reformasi fiskal negara. Ia juga mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk mengagihkan semula kekayaan negara yang semakin berkembang — hasil daripada keberanian melaksanakan langkah-langkah pembaharuan fiskal dan pengurusan ekonomi yang lebih cekap, berlandaskan hala tuju yang dipeta dalam kerangka Ekonomi MADANI.
Berhubung pengumuman ‘Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia’ oleh YAB Perdana Menteri pada 23 Julai 2025, 10:30 pagi, 22 juta rakyat Malaysia akan menerima RM100 melalui MyKad yang boleh dibelanjakan di pasaraya terlibat di seluruh negara. Program ini akan bermula pada 31 Ogos 2025 dan penerima boleh membuat pembelian mulai 31 Ogos 2025 sehingga tarikh tamat program iaitu 31 Disember 2025.
Sila ikuti halaman Facebook MyKasih Foundation untuk notifikasi permulaan program.
Sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan melalui lampiran berikut:


Perincian tentang pemberian bantuan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Itu sahaja perkongsian buat masa ini. Jangan lupa ikuti laman sosial rasmi Kementerian Kewangan Malaysia untuk pengumuman selanjutnya berkenaan bantuan tunai SARA Untuk Semua ya!

 
			