Bantuan Awal Ramadan 2025: Semakan Status Kelayakan Penerima

Bagi membantu golongan asnaf, fakir miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU), dan mereka yang memerlukan, MAIDAM menyediakan pelbagai bentuk bantuan, termasuk Sumbangan Khas Awal Ramadan 2025. Bantuan ini bertujuan meringankan beban kewangan penerima dalam membuat persiapan menyambut bulan Ramadan.

Bagaimana cara menyemak status penerima Bantuan Awal Ramadan 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di sini.

BACA JUGA : Bantuan Awal Ramadan 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon

PENGENALAN BANTUAN AWAL RAMADHAN

Bagi tahun 2025, MAIDAM telah memperuntukkan sebanyak RM15,493,100.00 untuk Bantuan Bulan Ramadan, yang akan diagihkan kepada 28,829 Ketua Isi Rumah (KIR) asnaf fakir miskin di seluruh Negeri Terengganu.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Syarat kelayakan bantuan bergantung kepada jenis bantuan yang dimohon, tetapi secara umumnya syarat kelayakan MAIDAM adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan beragama Islam;
  • Bermastautin di Terengganu (Bagi penerima bantuan MAIDAM);
  • Tergolong dalam Golongan Asnaf seperti Fakir, Miskin, Mualaf, atau Individu yang memerlukan;
  • Tidak menerima bantuan tetap daripada mana-mana agensi lain (tertakluk kepada jenis bantuan).

TUJUAN PROGRAM BANTUAN AWAL RAMADHAN

Objektif pelaksanaan Program Bantuan Awal Bulan Ramadhan adalah untuk:

  • Membantu Keluarga Berpendapatan Rendah (B40 & Asnaf).
  • Memberikan Bantuan Makanan Percuma untuk Berbuka & Sahur.
  • Memudahkan Pelajar Universiti yang Kurang Berkemampuan dalam mendapatkan makanan di kampus.
  • Menyediakan Bantuan Kewangan Khas untuk OKU & Warga Emas yang menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bantuan untuk membeli barangan keperluan asas.

JENIS BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025

Pelbagai Jenis bantuan Ramadhan yang biasanya disediakan seperti:

  • Bantuan Kewangan Tunai; atau
  • Bakul Makanan; atau
  • Bantuan Zakat; atau
  • Sumbangan Khas Sempena Hari Raya Aidilfitri;

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN MAIDAM 2025

Permohonan Bantuan Awal Ramadhan MAIDAM secara manual adalah seperti berikut:

  • Hadir ke Pejabat MAIDAM berdekatan.
  • Bawa Dokumen Sokongan Permohonan yang diperlukan.
  • Lengkapkan Borang Permohonan Bantuan secara manual.
  • Kemudian, serahkan kepada pegawai bertugas untuk semakan.
  • Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN BANTUAN AWAL RAMADHAN MAIDAM 2025

Berikut merupakan dokumen sokongan yang diperlukan untuk proses permohonan bantuan:

  • Salinan Kad Pengenalan Pemohon dan Tanggungan.
  • Penyata Pendapatan (Gaji) atau Surat Pengesahan Pendapatan.
  • Bil utiliti terkini (bil elektrik atau air).
  • Dokumen sokongan lain seperti surat sokongan penghulu, ketua kampung atau pihak berkuasa tempatan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Awal Ramadhan Maidam, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : BANTUAN AWAL RAMADHAN 2025