Bantuan Barang Dapur MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan & Cara Tebus

Bantuan Barang Dapur MyKasih 2025: Semakan Status Kelayakan & Cara Tebus

Penerima yang layak boleh membeli barangan dapur asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan, termasuk beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman, makanan dalam tin, dan bahan perasa. Bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga akhir tahun 2025.

Ingin tahu sama ada anda layak menerima Bantuan Barang Dapur MyKasih 2025? Semak status kelayakan anda sekarang dan ketahui cara penebusan bantuan di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200

CARA PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR 2025

Bantuan Barang Dapur bukanlah diberikan secara fizikal. Namun, kerajaan akan mengkreditkan wang tunai melalui kad pengenalan penerima dan penerima boleh membuat pembelian barangan dapur secara tanpa tunai di kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia mengikut 10 jenis barangan dapur yang disenarai.

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Berikut merupakan senarai Barang Dapur yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan MyKasih :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

JUMLAH BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100/RM200 sebulan (RM2,100 setahun).
    • Warga Emas : RM100/RM150 sebulan (RM1,650 setahun).
    • Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun).
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun).
    • Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun).

*Nota : Sekiranya baki yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan tidak habis digunakan untuk pembelian barang dapur, baki akan dibawa ke bulan seterusnya sehingga ke jumlah maksimum.

TARIKH PEMBERIAN BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Pemberian Bantuan Barang Dapur adalah mengikut tarikh seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar :
    • Setiap bulan bermula 15 Januari 2025 sehingga 1 Disember 2025.
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Setiap bulan bermula 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025.

CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BARANG DAPUR MYKASIH 2025

Ikuti cara semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Barang Dapur seperti berikut :

  • Semakan Status Kelayakan Penerima Melalui Portal Rasmi :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Semakan Status Kelayakan Penerima Melalui Aplikasi :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.