Bantuan Bulanan Asas Rahmah 2025 akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak dengan jumlah antara RM50 hingga RM200 bagi sepanjang tahun 2025 (Januari – Disember). Bantuan ini bertujuan meringankan beban rakyat dengan sokongan kewangan secara berkala.
Ingin tahu cara semakan kelayakan Bantuan Bulanan Asas Rahmah? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
KEGUNAAN BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Bantuan Bulanan Asas Rahmah yang dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima perlu digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti senarai berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
*Nota : Pembelian mestilah tidak melebihi jumlah bulanan dan mengikut senarai barangan keperluan yang ditetapkan.
JUMLAH KREDIT BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Jumlah Bantuan Bulanan Asas Rahmah yang dikreditkan kepada setiap penerima adalah seperti berikut :
PENERIMA BERSTATUS MISKIN & MISKIN TEGAR | PENERIMA BERSTATUS ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
Isi Rumah : RM100 / RM200 sebulan (RM2,100 setahun) | Isi Rumah : RM100 sebulan (RM900 setahun) |
Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan (RM1,650 setahun) | Warga Emas : RM50 sebulan (RM450 setahun) |
Bujang : RM50 sebulan (RM600 setahun) | Bujang : – |
TARIKH KREDIT BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Pengkreditan Bantuan Asas Rahmah adalah mengikut tarikh yang dijadualkan fasa pertama (1) dan fasa kedua (2) seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH KREDIT FASA PERTAMA 1) | TARIKH KREDIT FASA KEDUA (2) |
---|---|---|
Penerima Berstatus Miskin dan Miskin Tegar | 15 Januari 2025 sehingga 1 Mac 2025 | 1 April 2025 sehingga 1 Disember 2025 |
Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin | – | 1 April 2025 sehinga 1 Disember 2025 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN ASAS RAHMAH 2025
Ikuti panduan semakan status kelayakan sebagai penerima Bantuan Asas Rahmah melalui pautan berikut :
PORTAL RASMI | PAUTAN |
---|---|
BANTUAN ASAS RAHMAH | https://mykasih.com.my/ |
- Layari pautan Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah (MyKasih) di atas.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.