Bantuan MyKasih RM100 2025: Cara Mohon Online & Semakan STR

Untuk pengetahuan anda, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan manfaat peruntukan STR 2025 dan SARA 2025 (MyKasih) yang telah ditingkatkan kepada RM13 bilion berbanding RM10 bilion sebelum ini. Hal ini telah dibentangkan dalam Belanjawan 2025 baru-baru ini. Kategori kelayakan SARA juga kini telah diperluaskan, di mana pada 2025 lebih ramai akan layak untuk memohon bantuan ini.

Bagaimanakah cara mohon bantuan MyKasih RM100 2025? Ikuti info lanjut di sini untuk semakan MyKasih dan panduan My STR.

BACA JUGA : MyKasih Semakan: Cara Semakan MyKasih 2025 dan Panduan Terkini

PENGENALAN BANTUAN MYKASIH 2025

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dibawah Program MyKasih akan diagihkan secara bulanan kedalam MyKad individu sebanyak RM100 mengikut kategori kelayakan individu.

Kaedah penyaluran adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad individu bagi memastikan penerima menggunakannya untuk membuat pembelian barangan keperluan asas di pasaraya yang berdaftar MyKasih.
Bermula tahun 2025, penerima STR (Sumbangan Tunai Rahmah) – bukan Miskin/Miskin eKasih, dan golongan Miskin/Miskin Tegar yang berdaftar di sistem eKasih akan menerima bantuan ini.

Bagi melayakkan diri menerima bantuan ini, inidvidu perlu memohon bantuan STR (lulus dan penerima bantuan str 2025), dan membuat pendaftaran di sistem eKasih bagi golongan miskin.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025

Penerima bantuan yang layak dan menepati syarat di bawah sahaja akan menerima wang MyKasih/SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2023.

PERMOHONAN BANTUAN MYKASIH RM100

Untuk memohon/menerima bantuan ini, anda perlulah terdiri daripada penerima bantuan STR atau pendaftar eKasih (bagi golongan Miskin/Miskin Tegar). Setelah anda lulus (penerima) bantuan STR, dan pendaftaran eKasih, secara automatiknya anda akan menerima bantuan SARA MyKasih ini.

PANDUAN PENDAFTARAN SISTEM EKASIH

Pendaftaran dan semakan status kelulusan ekasih adalah seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
  2. Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
  3. Butiran Proses Kerja Permohonan Isi Rumah untuk Didaftarkan ke dalam Sistem eKasih, akan dipaparkan.
  4. Sila baca dengan teliti dan mengenalpasti (KIR).
  5. Seterusnya, anda hendaklah menghadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) / Pejabat Daerah yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; atau
  6. Hubungi PPN berhampiran anda di talian.
  7. Sekiranya anda telah berdaftar dengan PPN, anda boleh membuat semakan secara online di pautan berikut:
    https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
  8. Selesai.

TALIAN BANTUAN EKASIH

Berikut merupakah senarai talian yang boleh dihubungi untuk pendaftaran eKasih, mengikut negeri masing-masing:

  • PPN Perlis : 04-9731976
  • PPN Kedah : 04-7209236
  • PPN P.Pinang : 04-2185700
  • PPN Perak : 05-2497400
  • PPN Selangor : 03-55213600
  • PPN W.Persekutuan : 03-40419920
  • PPN N.Sembilan : 06-7659945
  • PPN Melaka : 06-3333333
  • PPN Johor : 07-2234777
  • PPN Pahang : 09-5178208
  • PPN Terengganu : 09-6272000
  • PPN Kelantan : 09-7457103
  • PPN Sarawak : 082-492957
  • PPN Sabah : 088-484800

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN STR

Panduan lengkap permohonan STR 2025 adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

Kadar bantuan yang akan disalurkan kedalam Mykad penerima adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)

(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih)
KADAR BANTUAN (RM)

(PENERIMA STR 2025 -BUKAN MISKIN/MISKIN TEGAR eKasih )
Isi rumahRM 1200
(RM 100 Sebulan)
RM 900
(Sebulan RM 100)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM 100 Sebulan)
RM 450
(Sebulan RM 50)
BujangRM 600
(RM 50 Sebulan)

TARIKH PENGKREDITKAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Tarikh pengagihan dan bayaran bagi Kategori Miskin/Miskin eKasih dengan BUKAN Miskin/Miskin eKasih adalah berbeza seperti berikut:

  • Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih – Bermula Januari 2025
  • Penerima STR 2025 (BUKAN Miskin/Miskin Tegar eKasih) – Bermula April 2025

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN MYKASIH RM100 2025

Penyaluran bantuan adalah secara TANPA TUNAI dimana wang akan dikreditkan kedalam MyKad penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan asas MyKasih menggunakan MyKad di pasaraya yang berdaftar MyKasih.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai.