Bantuan Sara Hidup Semakan 2025: Semak Kelayakan RM600, RM900 & RM2100

Bantuan Sara Hidup Semakan 2025: Semak Kelayakan RM600, RM900 & RM2100

Dengan peningkatan kos sara hidup, ramai rakyat Malaysia, khususnya golongan B40 dan M40, memerlukan sokongan kewangan tambahan. Oleh itu, kerajaan memperkenalkan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2025 bagi membantu meringankan beban rakyat melalui pemberian tunai sehingga RM2,100.

Bagaimana cara semakan status kelayakan Bantuan Sara Hidup 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BANTUAN SARA HIDUP SEMAKAN 2025

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN 2025: Cara Semak Kelayakan Penerima (RM900, RM600 & RM2,100)

APA ITU BANTUAN SARA HIDUP

Bantuan Sara Hidup atau rasminya Sumbangan Asas Rahmah adalah merupakan sebuah inisiatif tambahan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dengan membantu menampung kos pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.

CARA BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN 2025

Pihak Kerajaan telah menyelaraskan cara penyaluran Bantuan Sara Hidup kepada semua penerima di seluruh Malaysia (termasuk Sabah dan Sarawak) iaitu secara ansur setiap bulan melalui penyaluran tanpa tunai (cashless) ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima.

Setiap bulan, penerima boleh menggunakan bantuan dalam kad pengenalan (MyKad) untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

JUMLAH BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN 2025

Setiap penerima akan menerima jumlah Bantuan Sara Hidup yang berbeza seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN DISALURKAN
Penerima Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM2,100 setahun
(RM100/RM200 sebulan).

Warga Emas : RM1,650 setahun
(RM100/RM150 sebulan).

Bujang : RM600 setahun
(RM50 sebulan).
Penerima Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM900 setahun
(RM100 sebulan).

Warga Emas : RM450 setahun
(RM50 sebulan).

Bujang : Tiada.

BANTUAN SARA HIDUP SEMAKAN STATUS 2025

Terdapat dua (2) lama rasmi yang boleh diakses untuk semakan status sebagai penerima Bantuan Sara Hidup, iaitu :

  • Laman Rasmi MyKasih; dan
  • Laman Rasmi STR.

Ikuti panduan semakan status di kedua-dua laman berikut :

  1. Sila layari laman rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

TARIKH BANTUAN SARA HIDUP DISALURKAN 2025

Penyaluran Bantuan Sara Hidup adalah selama tempoh 9 bulan hingga ke 12 bulan (bergantung kelayakan penerima) mengikut tarikh seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BANTUAN DISALURKAN
Penerima Miskin dan Miskin TegarSetiap bulan :
Bermula : 15 Januari 2025
Sehingga : Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinSetiap bulan :
Bermula : April 2025
Sehingga : Disember 2025

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.