BANTUAN SARAWAK 2025: SEMAKAN STATUS (SKAS RM800, RM400 & RM250)
Terkini! Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun S PAY GLOBAL sebagai langkah membantu golongan sasaran memenuhi keperluan asas dengan lebih berkesan. Inisiatif ini adalah usaha Kerajaan Negeri Sarawak, khusus untuk individu kelahiran Sarawak yang menetap di negeri ini.
Ingin tahu lebih lanjut mengenai Bantuan Sarawak 2025? Ketahui cara semakan status bantuan SKAS dan maklumat lengkap di sini
BACA JUGA : Bantuan MyKad RM1200 2025: Semakan MyKad & Cara Semak Kelayakan Online
APA ITU BANTUAN SARAWAK
Sumbangan Keperluan Asas (SKAS) Sarawak ialah inisiatif kerajaan Sarawak untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Bantuan ini khusus untuk membuat pembelian barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan bahan asas lain. Baucar ini boleh diakses melalui aplikasi S PAY GLOBAL (e-Dompet) untuk pembelian barangan makanan asas.
SYARAT KELAYAKAN
Ini adalah syarat kelayakan penerima bantuan Sarawak 2025:
- Kriteria Umum
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Kategori Penerima
- Isi Rumah
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Isi Rumah
PERMOHONAN
Untuk makluman anda, bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak 2025 ini tidak perlu memohon. Di mana Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4, 2024 yang memenuhi kriteria kelayakan bantuan SKAS akan disenaraikan secara automatik sebagai penerima bantuan Sarawak ini.
Namun, penerima yang layak perlu melaksanakan langkah-langkah berikut untuk terima bantuan ini:
- Download/Muat Turun aplikasi S PAY GLOBAL dan pastikan akaun anda aktif.
- Semak kelayakan bantuan SKAS sama ada layak atau tidak dan kemaskini maklumat akaun S PAY GLOBAL.
- Masuk ke aplikasi S PAY GLOBAL untuk mengesahkan permintaan tuntutan penyaluran bantuan SKAS ini.
SEMAKAN BANTUAN SARAWAK 2025
Ini adalah cara semakan status kelayakan penerima bantuan Sarawak 2025:
- Pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Bantuan SKAS Sarawak di sini: https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/757/.
- Anda akan dibawa ke halaman Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Kemudian, sila scroll ke bawah sekali dan anda akan dapat lihat butang untuk semakan.
- Tekan butang “Check Eligibility”.
- Seterusnya, anda dikehendaki Log Masuk Sarawak ID.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda.
- Klik butang “NEXT”.
- Kemudian, tekan “My Individual Account”.
- Di laman ini, anda sudah boleh buat SEMAKAN STATUS SKAS SARAWAK.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di ruangan yang disediakan.
- Klik “Search”.
- Paparan Notifikasi Nama anda Lulus atau Tidak sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas 2025 akan dipaparkan.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN
Kadar bantuan yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM800 |
Warga emas tanpa pasangan dan anak berpendapatan RM5,000 dan kebawah | RM400 |
Bujang Berpendapatan RM2,500 dan kebawah | RM250 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SKAS
Tarikh rasmi bayaran belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan SKAS 2025, kami akan kemaskini apabila secara rasminya dihebahkan oleh pihak kerajaan Sarawak.
Seperti dimaklumkan, pembayaran akan dilakukan pada awal suku tahun 2025. Tarikh yang rasmi masih lagi tidak diumumkan. Pihak kami akan kemaskini apabila diumumkan.
KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK
Mengikut kenyataan dari Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), bantuan tambahan ini akan disalurkan secara TANPA TUNAI, melalui akaun Sarawak Pay iaitu sebuah platform dompet elektronik (e-wallet) yang diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak, melalui Sarawak Multimedia Authority (SMA).
CARA DAFTAR SARAWAK PAY
Berikut adalah langkah-langkah untuk mendaftar Sarawak Pay (sekarang dikenal sebagai SPay Global) sebagai pengguna baru:
- Muat turun Aplikasi Sarawak Pay/SPay Global
- Aplikasi SPay Global boleh dimuat turun di Google Play Store (Android) ATAU App Store (iOS).
- Seterusnya, buka Aplikasi SPay Global dan Tekan “Daftar/Login”
- Setelah itu, pilih Sign Up/Register untuk mendaftar sebagai pengguna baru pada halaman utama.
- Isikan butiran detail maklumat yang diminta, seperti:
- Nama Penuh (seperti yang tertera di Kad Pengenalan).
- Nombor HP Aktif (untuk menerima OTP).
- Alamat Email Aktif (untuk pengesahan).
- Kata laluan (Password)
- Setelah selesai mengisir butiran maklumat, anda akan terima OTP (One-Time Password) melalui SMS pada nombor yang anda daftarkan.
- Kemudian, masukkan kod OTP ke dalam aplikasi untuk mengesahkan nombor telefon anda.
- Setelah pengesahan OTP, anda akan diminta mengisi maklumat tambahan seperti:
- Nombor Kad Pengenalan (IC/MyKad)
- Tarikh Lahir
- Kemudian, pilih Jenis Akaun Sarawak Pay/SPay Global mengikut pilihan anda:
- Basic Account: Tidak memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi memiliki limit seperti transaksi yang lebih rendah.
- Premium Account: Memerlukan pengesahan dokumen tambahan tetapi menawarkan limit transaksi lebih tinggi.
- Jika Anda memilih akaun Premium, ikuti langkah seperti berikut:
- Pengesahan akaun premium (Optional)
- Memuatnaik dokumen berikut:
- Gambar IC (depan dan belakang)
- Selfie bersama IC untuk pengesahan identiti.
- Kemudian, SPay Global akan memproses dokumen anda dalam waktu tertentu.
- Setelah akaun anda disahkan, anda dapat mulai menggunakan Sarawak Pay/SPay Global untuk berbagai transaksi.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai bantuan ini, anda boleh rujuk saluran berikut:
Portal Rasmi Kerajaan Sarawak: https://sarawak.gov.my/
Saluran rasmi TV Sarawak: https://www.tvsarawak.my/