Bantuan Tunai 2025: Semakan Status Kelayakan (SARA/STR)

Bantuan Tunai 2025: Semakan Status Kelayakan (SARA/STR)

Kerajaan terus melaksanakan pendekatan subsidi bersasar untuk memastikan penyaluran bantuan kewangan kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Sebahagian daripada penjimatan subsidi ini digunakan untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai, mencapai tahap tertinggi dalam sejarah dengan jumlah RM13 bilion bagi tahun 2025, berbanding RM10 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagaimana cara semakan status Bantuan Tunai 2025 (SARA/STR)? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk memastikan kelayakan anda!

BACA JUGA : https://semakanstr.my/login-mykasih-2025/

SENARAI BANTUAN TUNAI

Terdapat dua (2) bentuk Bantuan Tunai yang akan disalurkan sepanjang tahun 2025 ini, iaitu :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

KADAR BANTUAN TUNAI DISALURKAN

Setiap penerima akan menerima Bantuan STR dan SARA mengikut kadar yang ditetapkan seperti berikut :

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
BIL.KATEGORI PENERIMAKADAR PENYALURAN
BANTUAN TUNAI STR
1.Isi Rumah B400 anak : RM1,000
1-2 anak : RM1,500
3-4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
2.Isi Rumah M400 anak : RM500
1-2 anak : RM750
3-4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
3.Warga EmasRM600
4.BujangRM600
  • Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
BIL.KELAYAKAN PENERIMAKADAR PENYALURAN
BANTUAN TUNAI SARA
1.Miskin dan Miskin TegarIsi Rumah : RM2,100
Warga Emas : RM1,650
Bujang : RM600
2.Asas Bukan MiskinIsi Rumah : RM900
Warga Emas : RM450
Bujang : –

JADUAL PENYALURAN BANTUAN TUNAI

Penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah secara berperingkat sepanjang tahun 2025 berdasarkan jadual seperti berikut :

BIL.JENIS BANTUANTARIKH PENYALURAN
1.Sumbangan
Tunai Rahmah (STR)
Fasa1 : Januari / Februari 2025
Fasa2 : Mac / April 2025
Fasa 3 : Ogos 2025
Fasa 4 : November 2025
2.Sumbangan
Asas Rahmah (SARA)
Penerima Miskin dan Miskin Tegar :
15 Januari sehingga Disember 2025

Penerima Asas Bukan Miskin :
April sehingga Disember 2025

*Tarikh penyaluran adalah tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa dan akan dikemaskini kembali sebaik sahaja kerajaan mengumumkannya secara rasmi nanti.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI

Untuk mengetahui status anda layak atau tidak menerima Bantuan Tunai STR dan SARA bagi tahun 2025, ikuti panduan semakan di pautan Portal Rasmi seperti berikut :

PERKARAPAUTAN
Portal Rasmi Semakan Statushttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi di atas.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran STR & SARA 2025 akan dipaparkan ‘Lulus‘ atau ‘Dalam Proses‘.
  14. Selesai.

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN TUNAI

Kaedah penyaluran Bantuan STR dan SARA adalah berbeza seperti berikut :

  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR) :
    • Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima; atau
    • Diberikan secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
  • Sumbangan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
    • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan keperluan asas.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR & SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/ & https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.