Bantuan Tunai Rahmah 2025 Fasa 1: Bilakah Masuk & Cara Semak Kelayakan

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Bantuan Tunai Rahmah 2025 Fasa 1: Bilakah Masuk & Semak Status Kelayakan
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah inisiatif Kerajaan untuk menyokong golongan kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat. Bantuan ini disalurkan secara berperingkat untuk memastikan penerima yang layak memperoleh manfaat sewajarnya.

Bagaimana cara semakan status Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 2025? Ketahui info lanjut dan panduan lengkap di sini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-budi-madani/

APA ITU BANTUAN TUNAI RAHMAH (STR)

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan secara tunai dan juga merupakan bantuan lanjutan daripada skim bantuan tunai sebelum ini seperti Bantuan Prihatin Rakyat (BRP) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

PENERIMA BANTUAN STR FASA1

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Penerima bantuan STR 2025 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Makluman: Kepada pemohon yang belum kemas kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.

LOGIN DAN SEMAK STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH ONLINE

Status kelayakan penerima STR bagi fasa satu (1) 2025 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  5. Tekan pada butang [Log Masuk].
  6. Seterusnya, klik [Semak].
  7. ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
  8. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  9. Masukkan kata laluan yang betul.
  10. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  11. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  12. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  13. Maklumat [Status Permohonan/Kelayakan] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan.
  14. Selesai.

TUKAR KATA LALUAN BARU

Sekiranya pemohon terlupa kata laluan asal, pemohon boleh cipta kata laluan baru seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan No. MyKad seperti biasa
  3. Kemudian, klik [Terlupa Kata Laluan]
  4. Nombor MyKad akan dipaparkan di Soalan Keselamatan, tekan butang [Semak]
  5. Masukkan emel yang telah didaftarkan di Borang Permohonan STR
  6. Klik butang [Seterusnya]
  7. Kata laluan sementara akan dihantar ke emel yang telah didaftarkan
  8. Jika tiada emel, klik butang [Seterusnya]
  9. Frasa keselamatan akan dipaparkan dan pemohon perlu mengisi 3 soalan keselamatan.
  10. Klik butang [Seterusnya]
  11. Isi Kata Laluan Baharu dan Pengesahan Kata Laluan
  12. Klik butang [Tukar Kata Laluan]
  13. Pemohon akan menerima notifikasi Penukaran ID telah berjaya
  14. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

  1. Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah
    • Tiada Anak : RM 1,000
    • Anak 1-2 : RM 1,500
    • Anak 3-4 : RM 2,000
    • 5 dan keatas: RM 2,500
  2. Kategori Penerima: Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
    • Tiada Anak : RM 500
    • Anak 1-2 : RM 750
    • Anak 3-4 : RM 1,000
    • 5 dan keatas: RM 1,250
  3. Kategori Warga emas tiada pasangan/anak (60 tahun keatas)
    • RM 600
  4. Kategori Bujang (21 hingga 59 tahun)
    • RM 600

Nota: Kadar bantuan ini adalah jumlah keseluruhan bagi tahun 2025, dan wang akan diagihkan secara berfasa (Fasa 1, 2, 3, dan 4)

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH

Tarikh rasmi pengagihan bayaran STR Fasa 1 masih belum diumumkan. Sebarang maklumat terkini mengenai tarikh penyaluran bantuan, pihak kami akan segera kemaskini sebaik sahaja ia diumumkan secara rasmi oleh Kerajaan.

KAEDAH PENYALURAN DUIT BANTUAN

Bantuan STR 2025 akan disalurkan seperti berikut:

JENIS PENERIMAKAEDAH PENYALURAN BANTUAN STR
Penerima yang mempunyai Akaun BankPengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan
Penerima Tiada Akaun Bank
atau Status ‘Gagal Kredit’
Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf