Bantuan Tunai Rakyat 2025 (Fasa 4): Semakan Status Online
Berita baik! Bayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 4 akan mula dikreditkan secara berperingkat bermula 7 November 2025. Hanya pemohon yang berstatus lulus layak menerima bayaran, seperti yang diumumkan dalam siaran media rasmi.
Untuk memastikan proses semakan lebih pantas dan tepat, anda digalakkan menggunakan portal rasmi. Sentiasa berhati-hati dengan laman web tidak sahih untuk melindungi data peribadi anda.
Ingin tahu cara semakan bantuan tunai rakyat Fasa 4 secara online? Ikuti panduan lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih/
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Syarat kelayakan permohonan bagi bantuan tunai rakyat (sumbangan tunai rahmah) seperti berikut:
- Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda dan tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.
![](https://semakanstr.my/wp-content/uploads/2025/01/BANTUAN-STR-FASA-4-1024x576.webp)
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAKYAT
Tarikh bayaran bantuan tunai rakyat STR Fasa 4 2025 adalah pada 7 November 2025, secara berperingkat.
KAEDAH SEMAKAN STATUS
Kaedah semakan status permohonan boleh dibuat melalui cara berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- (pilih menu log Masuk MySTR>Semakan Status)
- Hubungi Hotline BKK: 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang) atau;
- MOF: 03-8882 4565 / 4566 (waktu operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang).
- Kunjungi ke Pejabat LHDNM yang berhampiran.
PANDUAN SEMAKAN STATUS ONLINE
Panduan lengkap cara Semakan Status STR 2025 seperti berikut:
- Layari portal rasmi STR di pautan berikut, https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Tekan log masuk MySTR
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Sahkan kata kunci keselamatan
- Masukkan kata laluan
- Setelah berjaya masuk, tekan pada Semakan Status. Kemudian anda boleh tekan pada:
- Klik Semakan Status
- Klik Maklumat Pembayaran – Untuk melihat jumlah bayaran yang akan anda terima serta status pengkreditan (Jika Layak).
JUMLAH BAYARAN
Kadar bantuan bagi STR Fasa 4 2024 adalah mengikut kategori seperti di bawah:
KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
---|---|
Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM 200 Anak 1-2 : RM 350 Anak 3-4 : RM 500 5 dan keatas: RM 700 |
Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM 150 Anak 1-2 : RM 200 Anak 3-4 : RM 250 5 dan keatas: RM 350 |
Warga emas tiada pasangan RM 5000 dan kebawah | RM 150 |
Bujang RM 2500 dan kebawah | RM 100 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.
e-Mel : [email protected]
Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747