Bantuan Tunai Rakyat 2025 Fasa 1: Semak Status Kelayakan Bantuan Tunai

Bantuan Tunai Rakyat 2025 Fasa 1: Semakan Status Kelayakan

Kerajaan meneruskan usaha membantu rakyat dengan menyalurkan Bantuan Wang Tunai kepada hampir 60% golongan rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40). Ini adalah salah satu inisiatif untuk mengurangkan bebanan kewangan yang dihadapi oleh rakyat.

Bagaimana Cara Semakan Status Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1?
Semak status kelayakan anda untuk bantuan tunai rakyat Fasa 1. Ikuti panduan lengkap di sini untuk memastikan anda tidak terlepas peluang menerima bantuan kewangan ini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/bantuan-str-2025/

BANTUAN TUNAI RAKYAT 2025

Berdasarkan pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri ke-10 telah menyatakan bajet untuk Bantuan Tunai Rakyat (STR) adalah tertinggi iaitu sebanyak RM13 billion berbanding tahun lalu hanya diberikan sebanyak RM10 billion sahaja.

Dengan peningkatan peruntukan tersebut, bilangan penerima juga akan bertambah dan setiap penerima sedia ada dan penerima baharu akan menerima jumlah Bantuan Tunai Rakyat (STR) yang lebih banyak berbanding tahun lalu.

PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT STR FASA 1

HAD AMAUN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2025

Kerajaan telah menghadkan amaun Bantuan Tunai Rakyat yang akan disalurkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH BERPASANGAN / TUNGGAL :
KELAYAKAN ISI RUMAHHAD AMAUN
BANTUAN TUNAI RAKYAT
2025
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 sebulan
(B40)
Tiada anak : RM1,000
1 – 2 anak : RM1,500
3 – 4 anak : RM2,000
5 ke atas : RM2,500
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
(M40)
Tiada anak : RM500
1 – 2 anak : RM750
3 – 4 anak : RM1,000
5 ke atas : RM1,250
  • KATEGORI BUJANG / BALU / JANDA / DUDA TIADA ANAK :
KELAYAKAN BUJANGHAD AMAUN
BANTUAN TUNAI RAKYAT
2025
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
RM600
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
RM600

CARA PENYAMPAIAN BANTUAN TUNAI RAKYAT 2025

Terdapat dua (2) cara Bantuan Tunai Rakyat disampaikan kepada rakyat, iaitu melalui :

  1. Rakyat yang mempunyai akaun bank :
    • Dikreditkan ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun bank yang didaftarkan semasa permohonan.
  2. Rakyat yang tiada akaun bank / status ‘Gagal Kredit’ :
    • Diberikan secara tunai di kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAKYAT 2025

Bagi yang ingin mengetahui status layak atau tidak menerima Bantuan Tunai Rakyat bagi fasa 1, ikuti panduan semakan status di laman rasmi seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Bantuan Tunai Rakyat di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  4. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  5. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  6. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  7. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  8. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  9. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  11. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  12. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  13. Status Bayaran Fasa 1 akan dipaparkan.
  14. Selesai.

BILANGAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAKYAT FASA 1 2025

Berdasarkan rekod terakhir bilangan penerima Bantuan Tunai Rakyat adalah seperti berikut :

KATEGORI PENERIMABILANGAN PENERIMA
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500
3.1 juta penerima
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 hingga RM5,000
1.0 juta penerima
Bujang Berumur
21 hingga 59 tahun
1.3 juta penerima
Bujang Berumur
60 tahun dan ke atas
3.4 juta penerima

*Bagaimanapun bilangan penerima akan bertambah seiring dengan permohonan baharu dan rayuan yang dibuka sepanjang tahun.

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan STR, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SUMBANGAN_TUNAI_RAHMAH_STR_2025.pdf.