Cara Isi e-Filing 2025: Panduan Lengkap Cukai Pendapatan LHDN
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) telah mengumumkan bahawa sistem e-Filing 2025 kini dibuka untuk pembayar cukai mengisi borang nyata dan taksiran bagi tahun 2024. Proses ini memudahkan individu dan syarikat declare cukai pendapatan secara dalam talian dengan lebih pantas dan efisien.
Bagaimanakah cara mengisi e-Filing 2025 dengan betul? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk memastikan anda mengisytiharkan cukai dengan tepat dan mengelakkan penalti.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Bantuan Asas Rahmah 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon
APA ITU E FILING
e-Filing adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui internet untuk mengetahui kelayakan sebagai pembayar cukai pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).
Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk memastikan semua dokumen seperti penyata pendapatan resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan dikumpulkan, disusun dengan kemas dan disimpan dengan rapi.
TARIKH ISI E FILING 2025
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah memaklumkan bahawa tarikh untuk mengisi Borang Nyata Tahun Saraan 2024 dan Tahun Taksiran 2024 melalui e-Filing bagi borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP adalah bermula pada 1 Mac 2025.
JENIS BORANG E FILING 2025
KATEGORI BORANG NYATA | JENIS PERANAN DI MYTAX |
---|---|
BE, B, M, BT, MT | Individu |
E & C.P.8D | Majikan atau Wakil Majikan |
P dan TF | Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi; atau Wakil Pengarah |
TJ | Pengarah Syarikat/ Pentadbir Organisasi |
TP | Pentadbiran Harta Pusaka |
KELAYAKAN PEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN / INCOME TAX ISI E FILING 2025
Kelayakan Pembayar Cukai :
- Bekerja hanya dengan satu majikan.
- Suami atau isteri tidak membuat pilihan untuk ditaksir bersama di bawah seksyen 45 ACP.
- PCB dipotong mengikut Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Daripada Saraan) 1994 (KKCP) atau tiada PCB dipotong kerana pendapatan di bawah tahap dikenakan potongan (PCB kosong). Majikan diwajibkan membuat PCB atas MBB dan NTK.
- Berkhidmat dengan majikan yang sama untuk tempoh kurang daripada 12 bulan.
- Pekerja yang baru memulakan penggajian dan kurang 12 bulan dalam tahun taksiran berkenaan
- Semua pendapatan penggajian yang diterima bagi tempoh tertentu dalam tahun semasa termasuk apa-apa pendapatan penggajian tahun kebelakangan yang dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima sebagaimana yang diperuntukkan di bawah subseksyen 25(1) ACP. seperti :
- gaji;
- upah;
- tip;
- elaun;
- komisen;
- kerja lebih masa;
- bonus/insentif;
- perkuisit;
- skim opsyen saham pekerja;
- cukai yang ditanggung oleh majikan;
- yuran pengarah;
- ganjaran termasuk bayaran tertunda di atas pemberhentian penggajian (tidak mendapat pengecualian di bawah mana-mana peruntukan akta);
- gaji cuti yang diterima sebagai pendahuluan dalam kes pemberhentian;
- saraan lain berkaitan penggajian.
- Individu berhenti kerja dan meninggalkan Malaysia yang mana beliau bukan pemastautin pada tahun berikutnya, pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu tersebut meninggalkan Malaysia selama-lamanya sebagaimana yang diperuntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP.
Kriteria individu :
- Berhenti kerja;
- Meninggalkan Malaysia;
- Bukan pemastautin pada tahun yang berikutnya, boleh membuat pilihan :
- Peruntukan di bawah subseksyen 25(6) ACP pendapatan penggajian yang boleh diterima dalam tahun berikutnya sama ada telah diterima atau tidak, akan dicukai dalam tahun di mana individu meninggalkan Malaysia
- Peruntukan di bawah subseksyen 25(1) ACP
- Pendapatan penggajian akan dikenakan cukai dalam tahun ianya diterima.
PANDUAN LENGKAP CARA ISI E FILING 2025
Untuk log masuk kali pertama ke sistem e-Filing perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu melalui Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL atau hadir ke kaunter cawangan LHNDM.
Ikuti cara isi e-Filing untuk declare pendapatan / income tax seperti berikut :
- Layari pautan di sini : https://mytax.hasil.gov.my/.
- Pilih [Nombor Pengenalan] dan masukkan Nombor Pengenalan.
- Klik butang [Hantar].
- Bagi individu yang pertama kali menggunakan e-Filing, sistem akan memaparkan ‘Sijil Digital tidak wujud’.
- Terdapat dua kaedah untuk meneruskan pendaftaran sijil digital iaitu :
- e-CP55D – permohonan di laman web MyTax;
- e-KYC – pengecaman identiti wajah menggunakan Aplikasi MyTax di telefon bimbit.
- Link URL pengaktifan akan dihantar melalui e-mel yang anda daftarkan.
- Klik pada [Link URL pengaktifan] yang dihantar melalui emel.
- Setelah selesai menjana Sijil Digital, sila log masuk MyTax.
- Masukkan [No Pengenalan].
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah ditetapkan.
- Selesai mendaftar, anda bolehlah mula mengisytiharkan pendapatan melalui sistem e-filing.
- Selesai.
TEMPOH BAYARAN BALIK CUKAI E FILING 2025
Pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah menetapkan tempoh bayaran balik lebihan cukai adalah selama berikut :
- 30 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara e-Filing; atau
- 90 hari bekerja selepas penghantaran borang: Bagi Borang Nyata dihantar secara pos atau serahan tangan.
*Nota : Prosedur pembayaran balik ini tertakluk kepada maklumat yang betul dan lengkap yang dilaporkan dalam Borang Nyata serta pengemukaan dokumen sokongan jika diperlukan bagi semakan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Declare Income Tax, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.hasil.gov.my/en/.