JPJ Lesen Percuma 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon
Program Bantuan Lesen Memandu Percuma (MyLesen) 2025 diteruskan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kuota penyertaan terhad bagi setiap negeri. Inisiatif ini khas untuk golongan berpendapatan rendah (B40) bagi membantu mereka mendapatkan lesen memandu secara percuma.
Bagaimanakah cara untuk semak kelayakan JPJ Lesen Percuma 2025? Ikuti panduan lengkap di bawah untuk mengetahui sama ada anda layak.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Panduan Lengkap mySalam: Login, Pendaftaran & Tuntutan (2025)
JENIS BANTUAN LESEN PERCUMA 2025
Pemberian Bantuan Lesen Percuma adalah mengikut jenis lesen berikut :
PERKARA | JENIS LESEN PERCUMA |
---|---|
Bantuan MyLesen Percuma | Lesen Motosikal Kelas B2 |
TUJUAN JPJ LESEN PERCUMA 2025
Antara tujuan pelaksanaan Lesen Percuma (MyLesen) adalah untuk :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
KELAYAKAN PENERIMA LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Lesen Percuma :
- Warganegara Malaysia;
- Sihat dari segi fizikal dan mental;
- Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
- Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA LESEN PERCUMA 2025
Sekiranya pemohon ‘Layak’ pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memaklumkan kelayakan pemohon dan akan mengatur jadual latihan memandu serta memaklumkan tarikh ujian praktikal (Pemohon perlu hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal).
MAKLUMAT LESEN PERCUMA 2025
Berikut merupakan maklumat lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma :
- Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
- Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
- Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOp) yang ditetapkan.
- Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
- Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
- Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyLesen B2, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.