JPJ MyLesen Percuma 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon

JPJ MyLesen Percuma 2025: Semakan Kelayakan & Cara Mohon

Kerajaan Madani meneruskan Program MyLesen B2 JPJ 2025 bagi membantu belia dan pelajar daripada keluarga B40 mendapatkan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 secara percuma. Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia untuk memastikan lebih ramai golongan kurang berkemampuan memiliki lesen yang sah.

Bagaimana cara semakan status permohonan MyLesen JPJ Percuma 2025? Ketahui syarat kelayakan dan panduan lengkap di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : STR Fasa 2 Bayar 2025: Semakan Kelayakan & Tarikh Pembayaran

OBJEKTIF PROGRAM BANTUAN MYLESEN B2 JPJ PERCUMA

Tujuan utama Program Lesen Memandu Secara Sercuma adalah seperti berikut:

  • Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PROGRAM MYLESEN B2 JPJ

Syarat dan Kategori Kelayakan mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia 16 sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Pelajar Sekolah Menengah, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi semasa mengemukakan permohonan.

CARA MOHON MYLESEN B2 JPJ PERCUMA

Permohonan lesen memandu percuma adalah seperti berikut:

  • Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
  • Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2025 Terkini.
  • Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  • Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
  • Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal dan Hantar borang tersebut.
  • Kemudian, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal.
  • Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal.
  • Selesai.

TARIKH PERMOHONAN MYLESEN B2

Permohonan MyLesen B2 kini dibuka bermula Februari sehingga Oktober 2025 atau sehingga kuota penyertaan yang ditetapkan oleh Negeri masing-masing dipenuhi.

BORANG PESERTA PROGRAM MYLESEN

Borang Lesen Memandu Percuma B2 adalah seperti berikut:

BORANG-PERMOHONAN-PESERTA-MYLESEN-B2Download

INFO TAMBAHAN PROGRAM BANTUAN MYLESEN

Berikut merupakan maklumat penting yang perlu dipatuhi peserta untuk mengemukakan permohonan bantuan.

  • Kos yuran peserta melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya oleh Kerajaan.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan perlu ditanggung oleh peserta sendiri DAN TIDAK TERMASUK di dalam pakej bantuan ini.
  • Perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Peserta adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Wajib untuk menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabtana pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpj.gov.my/