STR 2025 Online: Semakan Fasa 1 & Kemaskini Permohonan (Berita Sumbangan Tunai Rahmah)

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

Kemaskini STR 2025 Online: Semakan Fasa 1 & Panduan Kemaskini
Perhatian kepada pemohon STR 2025! Permohonan untuk Fasa 1 STR 2025 akan ditutup pada 30 November 2024 jam 5.00 petang. Bagi mereka yang masih belum membuat permohonan atau memerlukan pengemaskinian maklumat, pastikan segera mengemukakan maklumat yang diperlukan bagi mengelakkan status permohonan tidak lulus.

Bagaimana cara untuk kemaskini STR 2025 secara online? Ketahui panduan lengkap dan berita terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah di sini.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-budi-madani/

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN

Syarat kelayakan permohonan bagi Bantuan STR seperti berikut

  1. Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat; dan
    • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

Catatan : Individu bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta OKU berumur 19 tahun dan ke atas yang masih mengikuti pengajian sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta, hanya boleh untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak atau tanggungan permohonan isi rumah, dan tidak dibenarkan mengemukakan permohonan sebagai individu bujang.

PERMOHONAN BAHARU STR 2025 ONLINE

Panduan lengkap permohonan STR 2025 secara online adalah seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Pemohon hendaklah mengisi maklumat, pemohon, pasangan, anak, waris dengan tepat dan lengkap. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
  5. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  6. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  7. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/] butang berikut.
  8. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2025.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  9. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan. Pemohon boleh klik butang Cetak jika ingin membuat Cetakan Salinan permohonan.

TARIKH KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025

Pengemaskinian permohonan boleh dilakukan bila-bila masa sahaja bermula 19 Oktober 2024, dan sepanjang tahun. Namun, untuk permohonan bagi kelayakan bayaran Fasa 1, pengemaskinian maklumat hendaklah dilakukan sebelum 30 November 2024 jam 5.00 petang. Pengemaskinian perlu dilakukan jika terdapat sebarang perubahan maklumat permohonan terkini.

KEMASKINI BANTUAN STR 2025 ONLINE

Panduan lengkap kemaskini STR 2025 secara atas talian seperti berikut:

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Masukkan nombor kad pengenalan.
  3. Klik butang Log Masuk.
  4. Sahkan kod keselamatan dan masukkan kata laluan anda. Jika masih belum mendaftar, pastikan anda mendaftar akaun baru terlebih dahulu.
  5. Untuk sebarang perubahan maklumat asas, pilih menu “Perubahan Maklumat Asas”.
  6. Kemaskini maklumat asas seperti berikut dengan maklumat terkini:
    • No. Telefon Rumah
    • No. Telefon Bimbit
    • Maklumat Alamat Surat Menyurat
    • Alamat e-Mel
    • Maklumat No Telefon Pasangan
    • Maklumat Waris
  7. Kemudian, klik “Simpan”.
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan STR 2025 yang diberikan adalah mengikut kategori seperti di bawah:

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumah berpendapatan
RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 1000
Anak 1-2 : RM 1500
Anak 3-4 : RM 2000
5 dan keatas: RM 2500
Isi rumah berpendapatan
RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 500
Anak 1-2 : RM 750
Anak 3-4 : RM 1000
5 dan keatas: RM 1250
Warga emas tiada pasangan
RM 5000 dan kebawah
RM 600
Bujang
RM 2500 dan kebawah
RM 600

KAEDAH BAYARAN

Bantuan akan disalurkan melalui dua kaedah seperti berikut:

  • Pengkreditan ke akaun bank, atau;
  • Jika penerima tidak memiliki akaun, bantuan boleh diambil secara penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.

TARIKH BAYARAN STR 2025 FASA 1

Tarikh rasmi pembayaran bantuan Fasa 1 STR 2025 belum dikeluarkan. Sebarang maklumat terkini berkenaan tarikh rasmi bayaran bantuan, kami akan kemaskini apabila diumumkan oleh pihak kerajaan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Pihak kami sekadar berkongsi informasi tentang bantuan kerajaan Malaysia yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Anda juga boleh kunjungi cawangan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berdekatan.

Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
e-Mel : [email protected]