Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 kini ditambah baik dengan peruntukan lebih tinggi dan diperluaskan ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah & Sarawak. Bantuan ini disalurkan terus ke MyKad penerima bagi memudahkan pembelian barangan keperluan asas setiap bulan.
Ingin tahu cara semakan status kelayakan MyKasih 2025? Ikuti info lengkap di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Semakan MyKasih 2025: Check Status Kelayakan & Cara Tebus
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
- Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
- Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAK STATUS PENERIMA MY KASIH 2025 ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
TEMPOH PENGKREDITAN BANTUAN MY KASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
- Penerima Bantuan STR & BERSTATUS eKasih:
- Pembayaran secara bulanan Bermula JANUARI sehingga DISEMBER (Selama 12 Bulan)
- Penerima Bantuan STR (BUKAN eKasih):
- Pembayaran secara bulanan Bermula APRIL sehingga DISEMBER (Selama 9 Bulan)
KADAR BANTUAN MY KASIH 2025
Jumlah bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | BULAN JANUARI – MAC | BULAN APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | – | RM 100 sebulan | RM 900 |
Warga emas tiada pasangan | – | RM 50 sebulan | RM 450 |
Bujang | – | – | – |
KAEDAH PENGKREDITAN BANTUAN MY KASIH 2025
Pengkreditan bantuan adalah secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MY KASIH 2025
Penerima boleh melakukan pembelian barangan keperluan asas dengan menggunakan MyKad seperti berikut :
- Beras.
- Roti.
- Telur.
- Minyak masak.
- Tepung.
- Biskut.
- Mi segera.
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara