MYKASIH SEMAK 2025: Semakan Kelayakan Penerima RM200 & RM100 Sebulan (Status Terkini)

Dengan kos sara hidup yang terus meningkat, ramai ketua isi rumah mencari bantuan kewangan bagi meringankan beban. Program Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 diteruskan bagi membantu lebih ramai isi rumah yang layak menerima RM200 atau RM100 setiap bulan.

Bagaimanakah cara semakan kelayakan MyKasih? Ketahui panduan lengkap dan cara menyemak status permohonan anda di bawah.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MY KASIH SEMAK 2025

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini

JUMLAH PENYALURAN MY KASIH 2025

Ketua isi rumah yang layak akan menerima Bantuan MyKasih dengan jumlah sebanyak RM2,100 setahun. Namun bantuan bukanlah disalurkan secara sekaligus tetapi disalurkan secara ansur sebanyak RM100 dan RM200 setiap bulan.

JUMLAH BANTUANTEMPOH PENYALURAN
RM100 setiap bulanSelama 3 bulan
(Januari hingga Mac)
RM200 setiap bulanSelama 9 bulan
(April hingga Disember)

CARA MY KASIH DISALURKAN 2025

Kerajaan telah menyelaraskan cara penyaluran Bantuan MyKasih kepada semua penerima di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mana bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan (MyKad) penerima setiap bulan.

Setiap penerima yang menerima penyaluran bantuan dalam kad pengenalan (MyKad) boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas seperti bahan makanan, produk kebersihan, ubat-ubatan dan barangan persekolahan.

TARIKH MY KASIH DISALURKAN 2025

Berikut merupakan tarikh bayaran MyKasih disalurkan kepada ketua isi rumah yang layak :

BIL.TARIKH PENYALURANJUMLAH BANTUAN
1.15 Januari 2025RM100
2.Februari 2025RM100
3.Mac 2025RM100
4.April 2025RM200
5.Mei 2025RM200
6.Jun 2025RM200
7.Julai 2025RM200
8.Ogos 2025RM200
9.September 2025RM200
10.Oktober 2025RM200
11.November 2025RM200
12.Disember 2025RM200

MY KASIH SEMAK 2025

Semak kelayakan anda menerima MyKasih pada pautan berikut :

  1. Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.