Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 kini ditingkatkan untuk membantu isi rumah miskin melalui MyKad dengan pemberian bantuan berperingkat. Pada tahun 2025, penerima layak boleh menerima bantuan dalam tiga kategori jumlah – RM2,100, RM900, dan RM600 – yang merupakan peningkatan ketara berbanding RM1,200 pada tahun 2024.
Adakah anda layak menerima bantuan ini? Semak status kelayakan anda sekarang untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai jumlah bantuan dan cara penebusan.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : Tarikh Bayar STR Fasa 2 2025: Semakan Kelayakan & Pembayaran
SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 2025
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025; ATAU
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) DAN Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
KAEDAH SEMAK STATUS PENERIMA MYKASIH 2025 SECARA ONLINE
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih : https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih] - Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Masukkan Nombor MyKad Pemohon
- Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
- Masukkan Kata Laluan
- Klik Semakan Status
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
[Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]. - Selesai.
CARA PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:
NEGERI PENERIMA | KAEDAH PENYALURAN |
---|---|
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan | Pengagihan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima, dan penerima boleh membeli barangan keperluan asas seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih dengan menggunakan MyKad. |
JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKASIH 2025
Pengagihan bantuan SARA seperti berikut:
KATEGORI PENERIMA | TEMPOH PEMBAYARAN |
---|---|
Penerima Bantuan STR & BERSTATUS Miskin dan Miskin eKasih) | Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan JANUARI sehingga Bulan DISEMBER (Selama 12 Bulan) |
Penerima Bantuan STR SAHAJA (BUKAN berstatus eKasih) | Pembayaran bantuan adalah secara bulanan Bermula Bulan APRIL sehingga Bulan DISEMBER (Selama 9 Bulan) |
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima seperti berikut:
- Kategori Penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) JANUARI – MAC | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) APRIL – DISEMBER | JUMLAH KELAYAKAN KESELURUHAN (RM) |
---|---|---|---|
Isi rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM 200 sebulan | RM 2,100 |
Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM 150 sebulan | RM 1,650 |
Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM 50 sebulan | RM 600 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2025/individu/sara