MyKasih Semakan 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM2100

MyKasih Semakan 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM2100

Program MyKasih 2025 diteruskan dengan peningkatan penerima daripada 0.7 juta kepada 5.4 juta, melibatkan isi rumah, warga emas, dan individu bujang. Bantuan ini diberikan dalam bentuk pengkreditan tanpa tunai melalui kad pengenalan (IC) setiap bulan, khusus untuk pembelian barangan keperluan asas.

Bagaimana cara semakan status kelayakan MyKasih 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah!

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

MY KASIH SEMAKAN 2025

BACA JUGA : MY KASIH SEMAKAN 2025: Cara Semak Kelayakan Penerima (RM900, RM600 & RM2,100)

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA MY KASIH 2025

Syarat-syarat kelayakan sebagai penerima MyKasih pada tahun 2025 adalah :

  • MyKasih Penerima Miskin & Miskin Tegar ::
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • MyKasih Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

MY KASIH SEMAKAN 2025

Berikut merupakan panduan lengkap semakan status penerima MyKasih :

  • Semakan Status MyKasih Secara Online Di Portal Rasmi :
    1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
    4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
    6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
    7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
    8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
    9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    10. Selesai.
  • Semakan Status MyKasih Secara Online Di Aplikasi :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
    2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
    3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
    4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
    5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
    6. Klik pada butang [Next] di bawah.
    7. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
    8. Selesai.

AMAUN BAYARAN MY KASIH 2025

Setiap penerima akan menerima amaun bayaran yang berbeza seperti berikut :

  • Kepada Penerima Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM100 / RM200 sebulan sehingga RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM100 / RM150 sebulan sehingga RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM50 sebulan sehingga RM600 setahun.
  • Kepada Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM100 sebulan sehingga RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM50 sebulan sehingga RM450 setahun.
    • Bujang : Tiada.

JADUAL BAYARAN MY KASIH 2025

Pembayaran MyKasih adalah dijadualkan seperti berikut :

KELAYAKAN PENERIMA
MYKASIH
TARIKH BAYARAN
(FASA 1)
TARIKH BAYARAN
(FASA 2)
Penerima Miskin & Miskin Tegar15 Januari 2025
Hingga
Mac 2025
April 2025
Hingga
Disember 2025
Penerima Asas Bukan MiskinApril 2025
Hingga
Disember 2025

*Nota : Bantuan MyKasih sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

MANFAAT PROGRAM MY KASIH 2025

Antara manfaat daripada program MyKasih adalah penerima boleh membuat pembelian barangan seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.