MyKasih 2025: Semakan Status & Kelayakan Penerima (RM600, RM900, RM2100)
Program MyKasih menawarkan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif tambahan oleh Kerajaan Madani untuk membantu golongan B40 mengurangkan beban kos sara hidup. Bantuan ini diberikan dalam jumlah RM600, RM900, atau RM2100, bergantung kepada kelayakan penerima.
Bagaimana cara menyemak status kelayakan MyKasih?
Ikuti panduan lengkap semakan serta maklumat penting di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : MyKasih Semakan Status 2025: Semak Kelayakan Penerima RM600, RM900 & RM1200
MYKASIH SEMAKAN STATUS 2025
Untuk menetahui status kelayakan sebagai penerima MyKasih, ikuti panduan semakan status seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Selesai.
Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
BILANGAN PENERIMA MYKASIH MELEPASI STATUS 2025
Berikut merupakan bilangan penerima yang layak menerima MyKasih bagi tahun 2025 :
KELAYAKAN PENERIMA | BILANGAN YANG LAYAK |
---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | 0.7 juta penerima |
Penerima Asas Bukan Miskin | 4.7 juta penerima |
*Menjadikan keseluruhan penerima yang layak adalah seramai 5.4 juta merangkumi golongan isi rumah, warga emas dan bujang.
KADAR SUMBANGAN MYKASIH MENGIKUT STATUS 2025
- PENERIMA MISKIN & MISKIN TEGAR :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM2,100 setahun |
WARGA EMAS | RM1,650 setahun |
BUJANG | RM600 setahun |
- PENERIMA ASAS BUKAN MISKIN :
KATEGORI PENERIMA | KADAR SUMBANGAN |
---|---|
ISI RUMAH | RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM450 setahun |
BUJANG | – |
KAEDAH SUMBANGAN MYKASIH 2025
Bantuan yang disumbangkan melalui MyKasih telah diselaraskan kepada semua penerima di setiap negeri termasuk di Sabah dan Sarawak iaitu dikreditkan setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menerusi kad pengenalan (IC) penerima khas untuk penerima membuat pembelian barangan keperluan asas.
TARIKH SUMBANGAN MYKASIH 2025
Bantuan akan disumbangkan mengikut tarikh seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH SUMBANGAN |
---|---|
Penerima Miskin & Miskin Tegar | Selama 12 bulan : bermula 15 Januari 2025 sehingga Disember 2025 |
Penerima Asas Bukan Miskin | Selama 9 bulan : bermula April 2025 sehingga Disember 2025 |
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.