Ramai belia masih tidak memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah, menyebabkan peningkatan kesalahan jalan raya. Bagi membantu golongan kurang berkemampuan, kerajaan telah melancarkan Bantuan MyLesen 2025 untuk mendapatkan lesen secara percuma.
Bagaimanakah cara semakan status kelayakan MyLesen 2025? Ikuti panduan lengkap dan info terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : eWallet 2025 RM200: Semakan Kelayakan & Bayaran Terkini
APA ITU MY LESEN 2025
MyLesen adalah merupakan sebuah program Bantuan Lesen Memandu Motosikal Kelas B2 di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang diperkenalkan untuk membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) secara sah tanpa sebarang bayaran.
MANFAAT PELAKSANAAN MY LESEN 2025
Antara manfaat pelaksanaan Program MyLesen Percuma adalah dapat :
- Meringankan beban golongan kurang berkemampuan B40 untuk mendapatkan Lesen Memandu Kelas B2 (Motosikal).
- Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu serta latihan dan kemahiran memandu yang disediakan.
- Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motosikal yang kompeten.
- Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.
KELAYAKAN PENERIMA MY LESEN 2025 (PERCUMA)
Berikut merupakan kelayakan penerima Program MyLesen Percuma :
- Warganegara Malaysia.
- Berumur 16 tahun sehingga 35 tahun semasa mengemukakan permohonan.
- Merupakan pelajar sekolah / institut pengajian tinggi / golongan belia.
- Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40).
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental.
- Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
- Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.
TARIKH PELAKSANAAN MYLESEN 2025
Pihak Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) masih belum mengumumkan pelaksanaan Program Bantuan MyLesen bagi tahun 2025. Oleh itu, setiap pemohon perlu menyemak tarikh pelaksanaan di laman rasmi JPJ kerana ianya berbeza bagi setiap negeri pemohon.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan myLesen, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 03-8892 8714 / 8693
- Alamat e-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jpj.gov.my/.