MyKasih 2025 Semakan Kelayakan: Cek Status Layak RM100 & RM50 Bulanan
Program Bantuan MyKasih diteruskan pada tahun 2025 dengan dana hasil penyasaran semula subsidi oleh kerajaan. Jumlah penerima layak juga meningkat daripada 0.7 juta kepada 5.4 juta individu. Bantuan ini menawarkan RM100 dan RM50 setiap bulan untuk meringankan beban kos sara hidup.
Ingin tahu cara semak kelayakan MyKasih 2025 atau status semakan di MyKasih.com.my? Rujuk panduan lengkap dan maklumat terkini di bawah.
Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.
BACA JUGA : https://semakanstr.my/lesen-motor-percuma-2025/
JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025 MENGIKUT KELAYAKAN
- PENERIMA SEDIA ADA :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
WARGA EMAS | RM100 setiap bulan sehingga RM1,200 setahun |
BUJANG | RM50 setiap bulan sehingga RM600 setahun |
- PENERIMA BAHARU :
KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
ISI RUMAH | RM100 setiap bulan sehingga RM900 setahun |
WARGA EMAS | RM50 setiap bulan sehingga RM450 setahun |
BUJANG | – |

TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan MyKasih bagi tahun 2025 akan dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan bagi setiap kelayakan seperti berikut :
KELAYAKAN PENERIMA | TEMPOH BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Penerima Sedia Ada | Selama tempoh 12 bulan (Januari sehingga Disember 2025) |
Penerima Baharu | Selama tempoh 9 bulan (April sehingga Disember 2025) |
CARA BAYARAN MYKASIH 2025
Terdapat dua (2) cara pembayaran MyKasih, iaitu secara tunai dan tanpa tunai bergantung kepada penerima di setiap negeri seperti berikut :
NEGERI PENERIMA | CARA BAYARAN MYKASIH 2025 |
---|---|
Selangor Kuala Lumpur Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor Terengganu Kelantan Pahang Perak Kedah Pulau Pinang Perlis | Dibayar secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima setiap bulan untuk pembelian barangan keperluan asas di mana-mana kedai atau pasaraya seluruh Malaysia |
Sabah Sarawak W.P Labuan | Dibayar secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau melalui akaun bank penerima dua kali setahun dan boleh digunakan untuk pelbagai transaksi |
MYKASIH 2025 SEMAKAN KELAYAKAN
Ketahui status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan myKasih bagi tahun 2025 mengikut semakan seperti berikut :
- Sila layari portal rasmi myKasih; atau klik pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK STATUS].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa (-) Contoh : 83XXXXXXXXXX
- Seterusnya, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tiada Rekod Maklumat’.
- Selesai.
Jika semakan kelayakan pada pautan di atas memaparkan ‘Tiada Rekod Maklumat’, sila semak pada pautan di bawah pula :
- Sila layari laman rasmi mySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
- Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
- Sila klik pada butang [Log Masuk].
- Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
- Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
- Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
- Bahagian profil anda akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
- Status Bayaran myKASIH (SARA) akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
- Selesai.
RUJUKAN
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan myKASIH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/.