MyKasih Sara 2025: Semakan Status Kelayakan & Tarikh Bayaran (RM1200, RM900, RM600)

MyKasih Sara 2025: Semak Tarikh & Status Kelayakan Anda

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif kerajaan yang disediakan melalui program MyKasih Sara, bertujuan membantu golongan berpendapatan rendah membeli barangan keperluan asas. Bantuan ini menawarkan bayaran sehingga RM1200, RM900, atau RM600 setahun bagi meringankan beban kos sara hidup yang meningkat.

Ingin tahu cara semak bila masuk bayaran MyKasih Sara 2025 dan status kelayakan? Layari mykasih.com.my untuk info lanjut dan panduan terkini.

Channel WhatsApp Info Bantuan 2025! menyediakan maklumat terkini dan sahih mengenai bantuan kerajaan Malaysia untuk B40 dan M40 di bawah inisiatif Malaysia Madani.

BACA JUGA : https://semakanstr.my/semakan-mykasih/

APA ITU BANTUAN MYKASIH SARA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan bantuan dibawah Program MyKasih dengan kerjasama kerajaan, untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit atau pasaraya berdaftar MYKASIH.s kini permohonan 3 tahun berturut-turut, perlu kemas kini permohonan STR 2025 untuk menerima bantuan STR 2025.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; ATAU
  • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM).

SEMAKAN STATUS LULUS BANTUAN MYKASIH SARA

Kategori Penerima Miskin/Miskin Tegar eKasih:

  1. Klik log masuk MyKasih :
    https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status penerima dan bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

Kategori Lulus dan Penerima STR 2025 (BUKAN eKasih):

  1. Klik log masuk MySTR :
    https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  3. Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  4. Masukkan Kata Laluan
  5. Klik Semakan Status
  6. Maklumat yang akan dipaparkan:
    • Semakan Permohonan
    • Maklumat Pembayaran
  7. Status kelayakan penerima yang lulus dan maklumat bayaran akan dipapar.
  8. Selesai.

CONTOH BARANGAN KEPERLUAN ASAS MYKASIH YANG DILULUSKAN

Berikut merupakan kategori barangan keperluan asas yang diluluskan:

  • Beras / Telur / Minyak masak
  • Roti / Tepung / Biskut
  • Minuman
  • Makanan dalam tin / Mi segera / Bahan perasa
  • Produk kebersihan
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan

KADAR MASUK BAYARAN BANTUAN MYKASIH SARA 2025

Jumlah bantuan SARA yang akan disalurkan pada tahun 2025 adalah seperti berikut:

  • Kategori Penerima Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih:
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 1200
(RM100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 1200
(RM100 sebulan)
BujangRM 600
(RM50 sebulan)
  • Kategori Penerima STR 2025 (Bukan eKasih):
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM 900
(RM 100 sebulan)
Warga emas tiada pasanganRM 450
(RM 50 sebulan)
BujangTiada
( – )

KAEDAH MASUK BAYARAN MYKASIH SARA

Penyaluran bantuan adalah berbeza bagi semenanjung Malaysia, dan Sabah Sarawak seperti berikut:

NEGERIKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Semenanjung MalaysiaPengagihan secara TANPA TUNAI
kedalam MyKad penerima
Penerima daripada negeri Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPengagihan melalui pengkreditan
ke akaun bank atau
penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan dua sekali setahun

TARIKH BILA MASUK MYKASIH SARA 2025

Pengagihan bantuan bagi setiap kategori penerima adalah berbeza, dan seperti berikut:

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Berstatus Miskin & Miskin Tegar eKasihBermula Januari 2025
Penerima Bantuan
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025
(BUKAN eKasih)
Bermula April 2025

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bantuantunai.hasil.gov.my/Download/Faq/SOALAN_LAZIM_(FAQ)_SARA2024_Final19012024_BM.pdf